Mempunyai ruang rumah dan pejabat yang segar dan bersih pastinya menjadi impian untuk setiap individu. Hal ini kerana, ruang kerja dan ruang rehat yang bersih bukan sahaja memberikan ketenangan dan perasaan nyaman kepada individu, tetapi juga menawarkan keselesaan yang berpanjangan sewaktu melakukan sesuatu aktiviti.
Walau bagaimanapun, terdapat keadaan yang mana anda kerap membersihkan dan mempunyai penyegar udara, akan tetapi ruang pejabat dan juga ruang kediaman anda masih boleh mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Untuk mengetahui punca yang menyebabkan perkara ini berlaku, anda perlu meneliti gaya hidup dan rutin anda – anda mungkin mengekalkan beberapa tabiat buruk yang menyumbang kepada bau busuk dan tidak segar ini.
#1 Sampah tidak dibuang secara kerap
Adakah anda masih ingat kali terakhir anda membuang sampah, terutamanya dari tong sampah dapur yang besar itu? Jika anda tidak ingat, anda mungkin perlu mengeluarkannya. Salah satu punca terbesar ialah makanan yang membusuk, yang boleh menjadi masalah jika anda tidak mempunyai pelupusan di dalam singki.
Selain itu, sebelum anda memasukkan beg sampah baharu, mungkin sudah tiba masanya untuk membersihkan tong sampah anda dengan baik.
Semburkan pembersih serbaguna pada tuala kertas dan lapkannya. Jangan lupa untuk memeriksa semua tong sampah, bakul sampah dan bekas sampah kecil jika ada.
Bukan itu sahaja, satu cara yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan bau tong sampah yang busuk adalah dengan melapik bahagian bawah dengan beberapa lapisan surat khabar – ini akan menyerap kebocoran yang berbau.
#2 Bahagian dalam peti sejuk tidak dicuci
Satu ruang yang sering kita abaikan untuk membersihkan ialah bahagian dalam peti sejuk kita. Tumpahan kecil, kebocoran dari bekas makanan atau makanan yang melepasi tarikh luputnya boleh membuatkan peti sejuk berbau busuk.
Untuk membersihkan peti sejuk anda dengan betul, sebaiknya keluarkan semua rak dan basuh dengan air panas dan sabun.
Kemudian lap ke bawah dinding bahagian dalam perkakas dengan campuran sabun pencuci dan air. Anda perlu melakukan ini sekurang-kurangnya sekali sebulan. Namun, untuk kesan kotor yang senang dibersihkan, pastikan anda lapnya secara serta-merta.
#3 Tuala lembab dan tidak dikeringkan dengan betul
Adakah tuala bilik mandi atau tuala dapur anda berbau hapak? Kelembapan yang berlebihan boleh menyebabkan cendawan dan bakteria tumbuh pada mereka.
Jadinya, berikan tuala anda pembersihan yang baik dengan membasuhkannya di dalam cucian panas. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku pada masa hadapan, pastikan anda keringkannya dengan baik selepas setiap penggunaan supaya ia kering dengan betul.
#4 Ruang berhabuk dan tidak dibersihkan dengan baik
Dalam kes lain, ruang kediaman atau pejabat anda mungkin tidak berbau busuk, tetapi ia berbau tidak segar. Anda mungkin perlu melakukan pembersihan yang mendalam yang melibatkan penyedutan dan pembersihan habuk.
Debu ialah campuran bakteria, sel kulit mati, debunga, kotoran, dan benda lain di atmosfera, yang boleh menghasilkan bau busuk yang ringan.
#5 Penggunaan karpet lama
Harus diingatkan juga, karpet dan permaidani turut boleh menjadi penyumbang kepada bau busuk terutamanya jika ruang yang terlibat adalah ruang yang paling kerap digunakan oleh orang ramai.
Jika menyedut sahaja tidak berkesan, cuba taburkan pewangi yang selamat untuk permaidani. Biarkan selama 15 minit kemudian hamparkannya. Basuh penapis udara anda dengan kerap juga, kerana ini boleh memindahkan bau di sekitar rumah anda semasa anda menyedut.
Jika anda mempunyai permaidani yang boleh dibasuh, adalah idea yang baik untuk membersihkannya dengan kerap mengikut arahan pengilang.
Sebaliknya, jika pejabat anda mempunyai permaidani yang melekat dari dinding ke dinding, anda mungkin memerlukan perkhidmatan profesional untuk memberikan pembersihan yang mendalam.
#6 Kasut yang kerap digunakan tidak disusun di dalam rak
Kasut berbau adalah masalah yang paling kerap berlaku dalam kalangan individu. Di pejabat, isu ini lebih mudah berlaku kerana bilangan individu adalah lebih ramai dan datang dari pelbagai tempat.
Oleh itu, pertimbangkan untuk menyimpannya di bangku atau rak tertutup untuk sekurang-kurangnya mengawal bau.
#7 Tumbuhan yang mati tidak dibersihkan atau dibuang
Untuk ruang kediaman atau pejabat yang menggunakan bunga yang segar untuk hiasan, kunci utama untuk memastikannya tidak busuk adalah dengan kerap mengganti air yang digunakan di dalam pasu.
Selain itu, pastikan anda kerap membersihkan dan memotong bunga yang layu atau telah mati. Tidak seperti tumbuhan, bunga mati boleh mengeluarkan bau busuk. Jadinya, apabila anda melihat jambangan bunga anda mula layu, toskan atau komposkannya sebelum bau busuk menguasainya.
Akhir sekali, untuk anda yang membela haiwan perliharaan, kadang-kadang ruang rumah atau pejabat anda akan berbau seperti arnab atau kucing anda. Jika anda tidak ingat kali terakhir haiwan kesayangan anda mandi, sudah tiba masanya untuk membuat temu janji dengan klinik haiwan anda atau ambil sebotol syampu haiwan peliharaan dan basuhnya di dalam tab mandi.