Carian
Rasai Pengalaman Serba Ikonik Menerusi Siri Redmi Note 13
January 16, 2024 Lina Rosli

Memasuki tahun baru ini, ramai dalam kalangan individu yang mula mencari semangat dan azam baharu bagi menjalani hari-hari yang mendatang. Tidak ketinggalan juga ada segelintir individu yang tampil dengan penggayaan dan juga kelengkapan diri yang serba baharu.

Menarik bukan? Siapa yang sahaja yang tidak suka dengan perkara atau barangan yang baharu? Tidak kiralah baju baharu, kasut baharu, beg baharu, jam tangan baharu ataupun telefon pintar baharu, semuanya pasti akan digemari ramai.

Bercakap mengenai telefon pintar baharu, tahukah anda bahawa baru-baru ini Xiaomi telah memperkenalkan siri telefon pintar baharu yang memfokuskan kepada penawaran pengalaman rakaman gambar dan video yang ikonik?

Untuk siri Redmi Note 13, Xiaomi kali ini menawarkan 4 model utama iaitu Redmi Note 13 , Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G. Kesemuanya membawakan kelebihan yang tersendiri dari sudut kamera, reka bentuk dan prestasi.

Apa Yang Anda Boleh Saksikan Pada Siri Redmi Note 13?

Serba sedikit mengenai model fokus untuk siri ini, Redmi Note 13 Pro+ 5G, model mercu bagi siri ini hadir dengan sensor utama 200-megapixel yang dipadankan bersama sensor ultra-lebar 8-megapixel dan sensor makro 2-megapixel. Ia turut menyertakan kamera 16-megapixel di hadapan untuk rakaman swafoto.

 Aplikasi kamera pula direka agar mirip aplikasi kamera Xiaomi yang ada Leica. Ini membolehkan pengguna mengalami pengalaman menggunakan kamera premium pada peranti yang lebih mampu milik.

Apa yang menarik, untuk model Redmi Note 13 Pro+ 5G ini, ia hadir dengan kebolehan merakam gambar nirhilang melalui ciri in-sensor zum optikal 2x dan 4x.

Dari sudut penawaran skrin, Redmi Note 13 Pro+ 5G pula, ia hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci dengan 1.5K resolusi yang melengkung di tepi, sekaligus menjadikannya antara peranti Redmi yang hadir dengan penggunaan skrin seumpamanya.

Mengenai prestasi peranti, Redmi Note 13 Pro+ 5G dijana dengan cip MediaTek Dimensity 7200, memori sehingga 16GB RAM dan storan mencapai 512GB. Dengan ini, ia dijangka memberikan pengalaman penggunaan yang berkualiti kepada pengguna selain peranti turut dapat beroperasi dengan lancar.

Rakam Setiap Momen Ikonik Menerusi Lensa 200-Megapixel

Sesuai dengan cogan kata mereka, Every Shot Iconic, Xiaomi dilihat telah menambah baik sensor yang ditawarkan pada siri Redmi Note kali ini. Mana tidaknya, dengan penawaran sensor lensa yang lebih besar, anda bukan sahaja boleh mendapatkan potret gambar yang berkualiti, tetapi juga merasai pengalaman merakam gambar dan video dengan lebih lancar.

Menceritakan tentang pengalaman rakaman gambar secara keseluruhan, hasil yang diperoleh adalah sangat memuaskan.

Dibawah ini adalah beberapa sampel rakaman gambar yang diambil menggunakan kamera utama Redmi Note 13 Pro+ 5G:

Dengan ini, kita dapat lihat hasil gambar yang terhasil memperlihatkan kejituan warna yang baik selain tidak mempunyai kesan perubahan warna pada kulit apabila objek berada di persekitaran yang mempunyai pencahayaan yang mencukupi.

Hasil gambar yang diperlihatkan ini menunjukkan bahawa pengimejan yang lebih pantas dan lebih jelas mampu dihasilkan dengan 200MP. Jadinya, anda boleh merakam pelbagai jenis gambar sewaktu berada di pelbagai jenis keadaan cahaya persekitaran.

Selain daripada sensor lensa utama ini, anda turut boleh menyerlahkan kreativiti anda menerusi rakaman serba boleh dengan keupayaan in-sensor zum sehingga 4 kali.

Sementara untuk mod Portraits pula, kesan bokeh yang dihasilkan adalah sangat baik. Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan sensor kamera yang lebih besar menjadikan kabur pada gambar tidak kelihatan seperti terlalu jelas selain turut menampilkan kesan blending yang baik.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencipta lebih banyak momen-momen indah menggunakan fitur kamera filem dan bingkai seni yang menarik untuk berkongsi kepada platform media sosial atau disimpan sebagai memori.

Di bawah ini pula adalah sampel gambar swafoto yang menampilkan kemasan imej yang jitu dan tampak semula jadi:

Rekaan Peranti Yang Ikonik – Cantik Di Tangan, Cantik Juga Di Mata

Dengan membawakan penampilan rekaan dan kemasan yang penuh gaya, siri Redmi Note 13 ini dijangka akan mendapat tempat di hati kebanyakan individu yang menitik beratkan elemen ‘trendy’ dan minimal dalam rutin harian mereka.

Bagi Tajria sendiri, apa yang kami inginkan dan jangkakan di dalam siri Redmi Note 13 ini adalah penawaran warna peranti yang moden di samping saiz yang mesra poket dan juga binaan yang tahan lasak – sesuai untuk kegunaan harian.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi kali ini membawakan peranti dengan penawaran bezel ultra-nipis – untuk penampilan yang ikonik. Jadinya, dengan penawaran ciri ini, pengalaman menonton video dan bermain permainan mudah-alih akan menjadi lebih memuaskan.

Apa yang menarik lagi, buat pertama kali pertama pada siri Redmi Note, anda boleh nikmati pengalaman hiburan tanpa had di mana-mana sahaja, sama ada anda berada di dalam atau di luar. Dari segi rekaan skrin, peranti ini menampilkan reka bentuk paparan skrin melengkung dan penarafan IP68 pada Redmi Note 13 Pro+ 5G.

Selain itu juga, siri Redmi Note 13 ini sesuai untuk penggunaan yang lasak. Ini kerana peranti ini hadir dengan reka bentuk yang selesa dan tahan lama di samping turut menggunakan Corning Gorilla Glass untuk memastikan skrin peranti tahan calar dan tidak mudah retak.

Prestasi Maksima Untuk Pengalaman Serba Boleh

Menggunakan cip MediaTek Dimensity 7200-Ultra, tidak dinafikan selang waktu yang diperlukan untuk melancarkan aplikasi mudah-alih adalah jauh lebih pantas. Dan ini semestinya satu perkara yang sangat penting bagi kebanyakan individu yang boleh dikatakan 90% masanya adalah bersama dengan peranti pintar.

Di sepanjang penggunaan siri Redmi Note 13 juga, anda tidak risau akan jangka hayat bateri peranti kerana kapasiti bateri yang diberikan adalah mencukupi dan tahan lama. Mana tidaknya, Redmi Note 13 Pro+ 5G hadir dengan bateri 5000mAh, ditambah lagi dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Untuk penggunaan biasa, jika anda sekadar membuka aplikasi media sosial, merakam dan menyunting gambar, menatal produk menarik di gedung membeli-belah digital dan juga bermain permainan mudah-alih, ia sudah mencukupi dan tidak perlu mengecas terlalu kerap.

Bagi yang tidak mengetahui juga, sewaktu anda menggunakan peranti pada mana-mana keadaan cahaya, anda boleh mengalami kecerahan dan kejelasan ikonik dengan paparan 1.5K 120Hz AMOLED menggunakan model Pro di dalam Siri Redmi Note.

Jadi, adakah siri Redmi Note 13 ini berjaya mencuri hati anda?

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan mana-mana model di dalam siri Redmi Note 13 ini, anda boleh mula mendapatkannya sama ada terus di kedai fizikal ataupun anda juga boleh mendapatkan secara atas-talian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Xiaomi Malaysia dan ketahui promosi menarik yang boleh anda dapatkan.

Komen