Carian
The Music Run By CIMB, Acara Yang Menggabungkan Muzik Dan Kecergasan
January 17, 2024 Lina Rosli

Pada 13 Januari yang lalu, satu acara larian telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikenali sebagai The Music Run by CIMB. Ia telah diadakanbuat kali yang ketiga dengan menampilkan CIMB Group (“CIMB”) sebagai Rakan Penaja Utama.

Dengan kehadiran hampir 17,000 peserta, acara larian ini bukan sahaja mendapat perhatian ramai golongan muda, tetapi juga banyak kumpulan individu lain yang turut mengambil bahagian dalam acara larian ceria 5km bertemakan “Live the Beat” yang diiringi muzik di sepanjang trek larian.

Sewaktu acara ini, para peserta berlari berpandukan rentak irama muzik interaktif di sewaktu berlari bagi mengekalkan motivasi yang tinggi, di samping memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk semua peserta.

Acara tersebut yang diberi gelaran “Asia’s Fittest Party” iikuti dengan pesta muzik yang menampilkan penghibur antarabangsa Sam Withers dan kumpulannya kembali beraksi bersama artis-artis terkenal termasuk BLINK, The Filters, dan EMO NIGHT KL.

Menampilkan CIMB sebagai penaja utama, acara ini membantu jenama perbankan ini memposisikan imej mereka sebagai organisasi yang komited dalam meningkatkan nilai kepada pelanggan. Menerusi The Music Run, pengguna CIMB akan terus menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada kehidupan , di samping menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Untuk pengetahuan anda, The Music Run telah meningkat dari segi populariti sejak anjuran pertamanya di Malaysia pada tahun 2014. Ia telah berjaya mengumpulkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau tahap kecergasan, dengan misi untuk memberi inspirasi agar mereka dapat “Live the Beat” dan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.

Sehingga hari ini, The Music Run telah disertai oleh lebih 300,000 peserta dalam 40 acara di 13 buah negara.

Komen