Dalam satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor epidemiologi dan pemakanan di Harvard T.H. Chan School of Public Health dan profesor perubatan di Harvard Medical School di Boston, ia mendapati bahawa minum segelas atau lebih jus buah asli 100% setiap hari dikaitkan dengan peningkatan kecil dalam berat badan pada kanak-kanak dan orang dewasa.
Ini kerana kekerapan pengambilan buah ataupun ekstrak jus buah boleh menambah banyak kalori dan membawa kepada lonjakan glukosa darah.
Dari masa ke masa, terlalu banyak gula dalam darah boleh menyebabkan rintangan insulin, sindrom metabolik, diabetes, penyakit jantung, obesiti dan keadaan kronik yang lain.
Walaupun kesimpulan kajian yang dibuat tidak menunjukkan sebab spesifik yang diakibatkan oleh buat, namun secara klinikal pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan obesiti dan risiko kaviti gigi.
Oleh itu, pakar menasihati ibu bapa dan penjaga untuk mengelakkan penawaran minuman jus sepenuhnya kepada bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun dan hadkan pengambilan harian untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.
Jika anda lihat pada piramid makanan juga, jus buah atau sayur seratus peratus tidak perlu diambil pada kuantiti yang banyak setiap hari. Ia perlu dihadkan dan bukannya seperti karbohidrat atau protein yang perlu dimakan sebagai hidangan harian menurut kesihatan pemakanan.
Bagaimana jus memberi kesan kepada berat badan ? Ketahui perbezaan buah dan juga jus buah ke atas kesihatan
Bagi sesetengah orang, kebimbangan terhadap kesan pengambilan jus buah mungkin membingungkan – mana tidaknya, bukankah buah itu sihat? Jadi, apakah perbezaan antara buah dan jusnya?
Untuk pengetahuan anda, buah-buahan dan sayur-sayuran datang lengkap dalam pakej nutrien — karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin yang semuanya mengandungi serat. Itulah bagaimana badan kita mendapatkan nutrisi.
Sebagai contoh, untuk makan sebiji epal, ia tidak meningkatkan paras gula dalam darah kerana fruktosa, gula yang terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan dan beberapa sayur-sayuran, dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah.
Walau bagaimanapun, meminum jus epal pula ada sebaliknya. Individu akan dibanjiri dengan fruktosa di dalam jus.