Carian
ZUS Coffee Memperkenalkan Kopi Sparkling Halal Yang Dikenali Sebagai COFFIZZ
January 18, 2024 Lina Rosli

Selepas hadir dengan produk kopi buat sendiri dalam bentuk serbuk, kini ZUS Coffee hadir dengan satu lagi produk yang dikenali sebagai COFFIZZ.

COFFIZZ merupakan kopi sparkling yang dihidang dalam bentuk tin. Minuman ini diekstrak daripada kopi asli dan menawarkan kandungan kafein yang rendah.

Selari dengan nama ‘sparkling‘, hidangan kopi ini mempunyai rasa ‘bubbly‘ pada kopi – yang mana ia menggabungkan kopi dengan minuman berkarbonat yang tidak terlalu ketara kesannya.

Untuk mendapatkannya, COFFIZZ ditawarkan pada harga RM10.50 untuk 3 tin. Anda boleh membelinya terus pada laman rasmi ZUS Coffee.

Sekiranya anda ingin mengetahui kandungan minuman ini, COFFIZZ mengandungi air karbonat sebagai bahan utama, diikuti dengan gula, ekstrak kopi 2.5%, pewarna makanan, perasa tambahan makanan, dan juga sukralos.

Komen