Carian
UNIQLO Coffee Buka Cawangan Ke-2 Di The Exchange TRX
January 19, 2024 Lina Rosli

Setelah melancarkan pembukaan rangkaian UNIQLO Coffee yang pertama di UNIQLO Fahrenheit88 Kuala Lumpur, kini UNIQLO telah memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan ke-2 UNIQLO Coffee di The Exchange TRX.

Di pusat membeli-belah The Exchange TRX ini, jenama pakaian moden dan minimalis UNIQLO hadir dengan ruang jualan yang sangat besar – terletak di lot C.22.0, G.25.0 dan L1.26.

Jadinya, di sana anda boleh meluangkan banyak masa anda untuk mendapatkan keperluan pakaian di samping memesan minuman kopi kegemaran terus di dalam butik.

Berdasarkan senarai menu yang diperlihatkan pada kiosk UNIQLO Coffee ini, anda boleh mendapatkan secawan kopi pada harga bermula RM7.90 sahaja. Antara barisan minuman yang ditawarkan termasuklah:

  • Americano – RM7.90
  • Latte – RM9.90
  • Matcha Latte – RM14.90
  • Chocolate RM14.90

Berbeza dengan ruang yang terhad di Fahrenheit88, kali ini di UNIQLO Coffee The Exchange TRX memperlihatkan ruang makan yang mencukupi untuk para pengunjung duduk lebih lama.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa singgah ke UNIQLO Fahrenheit88 bermula hari ini dan cuba hidangan kopi kegemaran anda sambil membeli-belah segala keperluan pakaian harian anda.

Komen