Ferrari 250 GTO 1962 Dijual Pada Harga $51.7 Juta, Menjadi Kereta Itali Termahal Yang Pernah Dijual Di Lelongan

February 2, 2024
Automotif

Lina Rosli

Ferrari 250 GTO 1962 telah dijual pada harga $51.705 juta, menjadi kereta termahal dari pengeluar Itali yang pernah dijual di lelongan.

Jualan kereta dari Ferrari ini telah memecahkan rekod dunia. Proses lelongan ini berlaku di Sotheby’s di New York yang mana kereta itu ditawarkan secara terbuka buat kali pertama dalam tempoh 38 tahun.

Sebelum Ferrari 250 GTO 1962, terdapat sebuah lagi kereta yang dikeluarkan oleh Ferrari telahpun dijual iaitu Ferrari 500 Mondial Spider Siri I 1954 yang mana ia dilelong pada harga $1.9 juta.

Untuk pengetahuan anda juga, untuk model Ferrari 250 GTO ini, hanya 39 buah model sahaja yang telah dibina oleh jenama Itali ini antara tahun 1962 dan 1964. Maka, tidak hairanlah mengapa ia boleh dibeli pada harga yang sangat mahal kerana model ini sangat jarang dilihat di jalanan dan menjadi satu entiti yang berharga untuk setiap pemilik.

Selain itu, Ferrari turut menyatakan bahawa kenderaan ini mempunyai binaan yang unik dan keturunan perlumbaan dalam tempoh yang luar biasa.

Dalam sejarah jualan kereta paling mahal juga, Mercedes turut pernah menjual kereta paling mahal di dunia dengan harga $142 juta.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd