Pada pertengahan tahun 2022, telah tular akan berita yang mengatakan tentang penularan cacar monyet di beberapa negara di Eropah, Amerika dan juga Australia.
Ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses yang mana penyakit cacar monyet ini boleh tersebar kepada manusia melalui beberapa kaedah iaitu:
- Melalui haiwan sama ada gigitan atau sentuhan dengan darah dan cecair binatang
- Melalui sentuhan bersama individu yang mempunyai penyakit cacar monyet
Dan kini berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama dengan pakar kesihatan awam global telah sebulat suara menggunakan nama mpox, sinonim kepada nama monkeypox dan juga cacar monyet.
Menurut WHO, penggunaan nama mpox ini adalah berikutan untuk mengurangkan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pakar tentang kekeliruan nama selain untuk meminimumkan kesan negatif nama ke atas industri perdagangan, perjalanan, pelancongan atau kebajikan haiwan, dan mengelakkan daripada menyebabkan kesalahan kepada mana-mana kumpulan budaya, sosial, kebangsaan, serantau, profesional atau etnik.
Untuk pengetahuan anda, nama cacar monyet atau monkeypox dahulunya mula wujud pada tahun 1970 selepas virus yang menyebabkan penyakit itu ditemui pada monyet kurungan pada tahun 1958.
WHO kemudiannya menerbitkan nama penyakit ni pada tahun 2015. Setakat ini, istilah “monkeypox” akan kekal sebagai istilah yang boleh dicari dalam ICD, untuk memadankan maklumat bersejarah.
Apa Itu Mpox atau Monkeypox?
Mpox adalah penyakit yang disebabkan oleh virus dari bintang liar seperti monyet, tikus Gambia dan tupai. Mpox ini boleh berjangkit melalui darah, air liur ataupun cairan tubuh dari binatang yang sudah pun dijangkiti virus, atau anda memakan daging binatang liar ini.
Virus ini juga merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Berikut adalah beberapa gejala mpox:
- Demam
- Lesu badan
- Sakit sendi
- Menggigil
- Keluar gelembung nanah
Adakah Penyakit Ini Sudah Mempunyai Penawarnya?
Untuk penyakit mpox ini, memang tiada penawar bagi pesakit yang dijangkiti kerana ia mampu baik dengan sendiri, dan mungkin mengambil masa selama 6 hingga ke 16 hari, atau pun hingga 20 hari.
Harus diingatkan bahawa mpox ini tidak membawa maut. Walau bagaimanapun, langkah pencegahan masih lagi perlu dititik-beratkan. KKM juga sentiasa bersiap sedia dengan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox.
Antara pelan strategik yang telah disediakan KKM termasuklah:
- KKM menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.
- KKM juga akan memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menuniukkan tanda pox seperti ruam atau lepuh pada kulit. Sekiranya terdapat pekerja atau pelanggan yang mempunyai gejala tersebut, mereka perlu segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
- Semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk memberi pemberitahuan untuk kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan. Bagi pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan “Guidelines on mpox management in Malaysia 2023” di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my).
Akhir sekali, semua individu juga dinasihatkan untuk mengehadkan pergerakan ke negara yang mempunyai kes-kes berkaitan cacar monyet selain turut melaporkan kes sekiranya anda mendapati terdapat simptom atau gejala jangkitan pada diri dalam tempoh 21 hari.
Kesimpulannya, walaupun peratus untuk berjangkit sesama manis sangat rendah, namun penting untuk kita berjaga-jaga setiap masa dan untuk berhati-hati ketika memilih makanan yang tidak diragui kebersihannya. Sentiasa berwaspada ya!
Sumber: WHO