Carian
Butik Mercu Love, Bonito Kini Dibuka Di The Exchange TRX
January 23, 2024 Lina Rosli

Love, Bonito baru-baru ini meraikan kegembiraan yang berganda dengan pembukaan butik mercu mereka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, dan sambutan pelancaran Koleksi Tahun Baru Cina yang diilhamkan budaya Timur.

Menerusi koleksi baru Love, Bonito, ia memperlihatkan keunikan dalam setiap rekaan yang mana jenama ini hadir dengan koleksi bertemakan ‘Modern Reunions’. Menampilkan gaya oriental moden, koleksi baharu ini tersedia dengan gaya kembar ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan untuk majlis makan besar yang tidak dapat dilupakan.

Bersempena pembukaan butik mercu Love, Bonito, jenama ini turut berkongsi tentang perkembangan pesat syarikat tersebut sebagai perniagaan saluran omni dengan lebih 20 cawangan fizikal di wilayah penting, termasuk Malaysia.

Tambah Love, Bonito juga, pembukaan butik mercu mereka ini melambangkan permulaan yang baharu untuk Love, Bonito.

Di butik ini, ia memperlihatkan reka bentuk dan rupa moden dengan ruang yang luas dan sistem nombor giliran elektronik menawarkan pengalaman membeli-belah yang lain daripada yang lain. Lebih daripada sekadar ruang fizikal, kedai ini tersedia dengan pilihan pakaian yang pelbagai, dan ia paling sesuai untuk dijadikan destinasi utama untuk sebarang acara atau bengkel komuniti khusus untuk kaum wanita.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Koleksi Tahun Baru Cina 2024 Love, Bonito, ia ditawarkan pada harga bermula RM85 hingga RM249. Koleksi ini juga telah mula dijual secara atas-talian dan di kedai sejak 1 Januari 2024 lepas.

Komen