Marrybrown kembali semula dengan hidangan Marrybrown Egg-stra Ong sempena Tahun Baru Cina tahun ini.
Menu terbaru yang ditawarkan dalam tempoh masa terhad ini, dihidangkan dengan Egg-stra Ong Shrimp Burger, Pai Nanas, Money Bag dan Pineapple Ong Fizz. Menu ini telah dicipta khas untuk memenuhi cita rasa peminat Memang Best MB untuk pengalaman pemakanan yang berbeza.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, bersempena musim perayaan yang istimewa ini, sememangnya pelanggan MB sudah menantikan kembalinya menu Marrybrown Egg-stra Ong. Selain daripada ayam rangup MB, jenama ini turut menawarkan pilihan makanan laut yang disempurnakan dengan perisa umami sos telur masin yang pasti memikat selera.
Menu unik kali ini adalah Kombo Egg-stra Ong Shrimp Burger dengan udang rangup yang dilimpahi sos Egg-stra Ong lalu dilengkapkan dengan roti ban gebu berperisa butterscotch, bermula harga dari RM18.80.
Untuk penggemar ayam rangup istimewa Marrybrown, Kombo Egg-stra Ong Chicken boleh didapati pada harga dari RM21.80. Setiap hidangan kombo disertakan dengan Pineapple Ong Fizz dan kentang goreng.
Bagi mereka yang inginkan snek atau pembuka selera, Egg-stra Ong Seafood Platter pilihan yang bijak. Bermula harga dari RM22.80, menu ini dihidangkan dengan kentang goreng, nugget ikan, udang goreng rangup, dan Money Bag berisi kuah kari.
Egg-stra Ong Box Meal pula menu yang lengkap dengan Egg-stra Ong Chicken, Egg-stra Ong Shrimp Burger, 2 ketul Money Bag, dan segelas Pineapple Ong Fizz. Tambah Ong lagi dengan Pai Nanas, dengan harga dari RM4.50.