Carian
Faber Menampilkan Produk Dapur Yang Minimalis Dan Vintaj Menerusi Koleksi Sarapan Vintaj
March 15, 2024 Lina Rosli

Jika anda melihat perkongsian di kebanyakan platform media sosial masa kini, pastinya terdapat beberapa peralatan dapur yang menarik perhatian anda.

Ia bukan sahaja mempunyai rekaan dan juga warna yang menarik, tetapi juga sebenarnya hadir dengan fungsi yang dapat membantu memudahkan proses memasak harian.

Jangan risau, anda tidak perlu berbelanja secara besar-besaran untuk mendapatkan kesemua peralatan dapur ini kerana ia kini banyak ditawarkan oleh kebanyak pengeluar – termasuk Faber.

4 Produk Siri Sarapan Vintaj Faber Yang Anda Boleh Dapatkan

Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada ada 4 peralatan dapur pilihan Faber yang boleh anda dapatkan untuk dapur anda bermula hari ini – koleksi terbaru untuk siri Sarapan Vintaj FABER

Untuk pengetahuan anda, siri Sarapan Vintaj FABER yang menggandingkan reka bentuk klasik dengan inovasi moden yang menawarkan pengalaman gaya hidup yang lebih estetik serta menambahkan keanggunan kediaman anda.

Berikut adalah senarai koleksi produk yang boleh anda dapatkan di Faber:

#1 Faber Auto Kettle Vintage Series FK-V218

Di Faber anda boleh mendapatkan cerek elektrik automatik pada harga hanya RM 179.00 sahaja. Ia dilihat hadir dengan binaan yang berkualiti selain memastikan air boleh dimasak dengan perlindungan takat didih yang selamat.

Cerek automatik ini juga menampilkan penapis boleh tanggal dan elemen pemanas tersembunyi. Untuk lebih mudah, anda juga boleh melihat suhu yang ditunjukkan pada termometer terbina.

#2 Faber Toaster Vintage Series FT-V8502

Menjadi salah satu barangan yang penting, Faber ada menawarkan pilihan pembakar roti vintaj yang ditawarkan pada harga yang berbaloi iaitu RM 169.00 sebuah.

Dengan ini, ia memudahkan anda untuk menyediakan hidangan sarapan atau snek petang berasaskan roti tanpa perlu mengeluarkan bajet yang tinggi. Malah, ia turut menawarkan waranti sehingga satu tahun bagi memastikan kualiti penggunaan terjamin.

#3 Faber Jug Kettle Vintage Series FK-V217

Tidak lengkap rumah anda tanpa cerek elektrik. Selain cerek auto, Faber juga menawarkan variasi cerek air elektrik yang boleh anda dapatkan pada harga berpatutan iaitu sekitar RM 179.00 sebuah.

Untuk cerek ini, ia menampilkan berat cerek sekitar 0.93KG dengan kapasiti 1.7 liter – turut dibina daripada bahan keluli tahan karat. Cerek ini juga mempunyai kelebihan untuk dimatikan secara automatik dan memperlihatkan termometer yang menunjukkan suhu.

#4 Faber Blender Vintage Series FBG-V515

Barangan yang seterusnya adalah pengisar berdiri dari koleksi sarapan vintaj Faber. Ia diperbuat daripada binaan badan keluli tahan karat yang berkualiti untuk penggunaan harian – seberat 1.2 kg dan boleh menampung kapasiti mencecah 1.5 liter.

Pengisar ini juga mampu mengadun dan mengisar pelbagai jenis bahan termasuk untuk masakan dan juga jus minuman. Ia dilengkapi dengan mod kelajuan 2 tahap dan dihadiri dengan 6 keping bilah keluli.

Bagi yang berminat, pengisar ini dijual pada harga RM 169.00. Malah, ia turut menawarkan waranti sehingga satu tahun bagi memastikan kualiti penggunaan terjamin.

Untuk mendapatkan kesemua produk ini, anda boleh layari ke laman rasmi Faber bermula hari ini dan nikmati rebat menarik sementara stok masih ada!

Komen