Seperti yang ramai sedia maklum, eco-shop sebelum ini telahpun membuka beberapa variasi konsep cawangan kepada umum – eco-shop, eco bakery dan juga eco-plus. Ketiga-tiganya memfokuskan kepada sasaran pengguna yang berbagai di samping memenuhi permintaan pembelian yang disesuaikan dengan minat dan keperluan pengguna.
Terbaru, syarikat barangan dan keperluan rumah mampu milik ini hadir dengan kedai konsep serba baharu menerusi pengenalan eco-plus – menawarkan ratusan pilihan barang keperluan pada harga RM20 ke bawah.
Berbeza dengan cawangan yang biasa, eco-plus memperlihatkan keluasan kedai yang lebih besar berbanding yang sebelumnya selain menawarkan pilihan produk yang lebih variasi. Ia merangkumi produk dalam kategori penjagaan rumah, diri, tempat kerja, automotif dan mainan – ianya tidak terhad kepada barangan berharga lingkungan RM2.40 sahaja.
Tidak hanya itu, di dalam eco-plus ruang pameran yang variasi bagi memudahkan pemilihan barangan. Dengan kehadiran ruang ini, para pengunjung boleh melihat pilihan produk yang ditawarkan sebelum sambung melakukan pembelian.
Buat masa ini, cawangan pertama untuk eco-plus ini akan dibuka di IOI City Mall Putrajaya terlebih dahulu dan dijangka akan diperluaskan ke kebanyakan lokasi lagi dalam masa yang terdekat.