Carian
Patutkah Anda Bersenam Apabila Anda Sakit Atau Cuti Sehari Dua Dahulu?
January 30, 2024 Lina Rosli

Jika bersenam adalah sebahagian daripada rutin anda, kemungkinan besar anda pernah merasakan sakit otot sama ada selepas beberapa jam atau beberapa hari selepas bersenam. Keadaan ini boleh berlaku sama ada pada otot kaki dan lengan, pinggang dan juga bahagian abdomen perut.

Apa itu sakit otot?

Terdapat dua jenis sakit otot yang berkaitan dengan senaman, sakit otot akut dan sakit otot permulaan tertunda (Delayed Onset Muscle Soreness)

Sakit Otot Akut

Kesakitan otot akut ialah perasaan terbakar yang anda alami semasa senaman atau sejurus selepas itu. Kesakitan yang anda rasai apabila anda telah melakukan senaman berulang dan sensasi ini muncul pada bahagian-bahagian yang anda fokuskan sewaktu bersenam.

Sakit Otot Permulaan Tertunda

Dikenali juga sebagai Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) ialah perasaan yang anda alami biasanya 24 hingga 48 jam selepas senaman yang berat. Ia mungkin berasa sakit, kaku atau ketat, dan anda mungkin menghadapi masalah untuk menggerakkan otot atau bahagian badan itu seperti biasa.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan otot sakit selepas senaman yang mencabar, termasuk:

  • asid laktik
  • kekejangan otot
  • kerosakan tisu penghubung
  • kerosakan otot
  • keradangan
  • teori efluks enzim.

DOMS cenderung untuk menjadi lebih lazim bagi individu yang baru sahaj memulakan latihan sukan ataupun senaman. Ini kerana pada tempoh sebelum itu, otot sudah terbiasa dengan penggunaan yang minimal – namun selepas bersenan, otot mula bekerja lebih keras daripada biasa.

Perlukah anda bersenam apabila otot anda berasa sakit?

Apabila otot sakit ataupun pedih sewaktu selepas bersenam, ia biasanya akan menganggu kelancaran aktiviti senaman.

Dan kebiasaannya, apabila otot terasa sakit, ia menunjukkan yang mana mungkin terdapat kecenderungan anda mengalami kecederaan kecil pada bahagian yang sakit.

Ini sepatutnya menjadi petunjuk anda untuk menghentikan atau mengubah suai senaman anda.

Kajian menunjukkan bahawa senaman sebenarnya adalah cara terbaik untuk melegakan gejala sakit otot. Walau bagaimanapun, jenis senaman yang anda lakukan adalah penting. Senaman biasanya memastikan darah mengalir ke otot anda, tetapi jika anda sudah sakit di kawasan tertentu, anda perlu memberi mereka rehat daripada senaman yang disasarkan.

Sebagai contoh, antara senaman ringan yang boleh anda lakukan sewaktu anda mengalami kesakitan adalah dengan melakukan beberapa pergerakan lembut seperti berjalan kaki , yoga dan senaman mobiliti.

Atau, jika bahagian bawah badan anda sakit, pertimbangkan untuk memberi tumpuan kepada senaman bahagian atas badan.

Jadi, perlukah anda bersenam sekiranya anda mengalami sakit otot? Jawapannya adalah tidak, jika anda benar-benar sakit dan berisiko mengalami kecederaan tisu.

Sebaliknya, jika badan anda sudah menyesuaikan diri untuk melakukan aktiviti harian seperti berjalan atau duduk, kemungkinan otot anda sudah pulih dan boleh mula melakukan pergerakan sederhana. Namun, pada waktu ini, anda masih belum boleh melakukan aktiviti berat.

Ingat bahawa rehat dan pemulihan adalah bahagian yang sangat penting dalam mana-mana rutin kecergasan, tidak kira tahap kecergasan anda.

Komen