Carian
Bomb Battle Elite Dibuka Di Petaling Jaya, Menawarkan Pengembaraan Keseronokan Bom Cat 4-Dalam-1 
January 31, 2024 Lina Rosli

Pencipta konsep dan permainan Bomb Battle, Mission Group Ltd, mengumumkan pelancaran cawangan mercu barunya, Bomb Battle Elite di Petaling Jaya.

Menawarkan ruang permainan seluas 6,800 kaki persegi – lebih kurang enam kali ganda saiz lokasi pertama mereka. Melalui cawangan mercu baru ini, ia menampilkan empat pengalaman permainan baru, iaitu Misi Bom Cat, Misi Bom Serbuk, Arena Lawan dan Lava Terhebat.

Selepas debut yang berjaya pada tahun 2023, Bomb Battle kembali dengan Bomb Battle Elite. Ia merupakan satu pengalaman yang ditingkatkan dengan kapasiti yang besar sehingga 500 orang pada satu masa, sedia untuk menjadi pilihan utama untuk lawatan berkumpulan.

Bukan itu sahaja, misi bom cat turut mendapat penarafan 5 bintang. Untuk pengetahuan anda, kesemua permainan yang ditawarkan menampilkan teknologi terkini, termasuk integrasi Internet of Things (IoT) yang dimantapkan, projection mapping yang lebih baik, 2 misi baru yang mengujakan dengan 10 perlawanan yang mencabarkan dan 2 permainan interaktif yang menampilkan 50 mod terbahagi dalam tiga tahap kesukaran.

Merancakkan lagi sambutan dalam kalangan individu, syarikat tersebut telah berganding tangan dengan Klook Malaysia sebagai agen pelancongan atas talian eksklusif. Dengan ini, pengunjung boleh membeli tiket untuk Bomb Battle Elite secara eksklusif dengan mudah.

Selain itu, Bomb Battle Elite sekali lagi turut bekerjasama dengan GoPro sebagai Camera of Fun rasmi. Ia memastikan penangkapan setiap detik permainan dengan lancar.

Senarai harga untuk pengembaraan baru di Bomb Battle Elite

Dengan cawangan andalan yang baru, pemain boleh menantikan Misi Bom Cat klasik serta permainan baru yang berikutnya: 

  • Misi Bom Cat: Alami permainan Bom Cat yang ikonik pada harga RM99 semasa waktu tidak rancak (off-peak) dan RM109 semasa waktu rancak.
  • Misi Bom Serbuk: Para peserta boleh menjangka sesi yang mengujakan selama 75 minit penuh dengan cabaran fizikal ketika mereka memulakan pengalaman Bom Serbuk. Harga berbeza dengan kadar waktu tidak rancak pada RM119 dan kadar waktu rancak pada RM129 dengan tampilan lima pertempuran baharu yang direka untuk menguji batasan mereka dan memberikan keterujaan epik.
  • Lava Terhebat: Mengambil inspirasi dari permainan kanak-kanak ‘The Floor Is Lava,’ Lava Terhebat memberikan satu perjalanan nostalgik melintasi 500 jubin lava. Nikmati rekreasi nostalgik ini dengan harga tetap RM40 dengan lebih daripada 50 mod dan tiga tahap kesukaran. Rekreasi yang ditingkatkan ini menjanjikan cabaran yang menarik dan bervariasi.
  • Arena Lawan: Arena Lawan membolehkan kumpulan rakan berlawan secara langsung dalam satu pertandingan mesra. Dengan kadar tetap RM40, kumpulkan pasukan sebanyak 4 hingga 20 pemain dan sertai perlawanan selama 60 minit.
Komen