Carian
ZUS COFFIZZ Berjaya Dijual Sebanyak 10,000 Unit Dalam Tempoh 10 Hari Sejak Dilancarkan
February 2, 2024 Lina Rosli

ZUS Coffee kini mula merevolusikan pengalaman kopi anda dengan pelancaran COFFIZZ, kopi berkarbonat halal pertama di Malaysia yang tersedia dalam tin sedia diminum (Ready-to-Drink).

Produk ini merupakan keluaran ZUS yang pertama dalam usaha mereka untuk berinovasi dengan menyediakan Barangan Pengguna Cepat Laris (Fast Moving Consumer Goods) dan produk gaya hidup di bawah nama ZUS Everywhere.

Ini merupakan titik permulaan dalam misi ZUS untuk mengeluarkan pelbagai lagi produk sepanjang tahun ini yang telahpun dilancarkan di laman web rasmi jenamanya, shop.zuscoffee.com.

Produk ini pada mulanya dilancarkan dalam versi Kotak 3-Tin Edisi Terhad yang hanya boleh didapatkan secara eksklusif di kedai atas-talian. Dengan ketersediaan sebanyak 10,000 unit, ZUS telah berjaya menghabiskan produk pra-tempah dalam tempoh 10 hari sejak pelancaran.

Selain itu,para pelanggan kini boleh mendapatkan satu tin COFFIZZ pada harga RM3.50 di cawangan FamilyMart terpilih mulai sekarang, sementara stok masih ada.

Komen