Taman Tema Tertutup Wonderpark Melaka Kini Dibuka Semula Selepas Naik-Taraf, Menawarkan Pelbagai Aktiviti Creative-Fun
Lina Rosli
Wonderpark Melaka, taman tema keluarga tertutup yang tersohor di Melaka kini sedia untuk dikunjungi mulai tahun 2024 selepas projek naik tarafnya baru-baru ini.
Sebagai sebuah destinasi pilihan pelancongan bagi keluarga, golongan muda, sekolah dan kumpulan pendidikan, Wonderpark Melaka menyuntik nafas baharu kepada hiburan keluarga dengan menyatukan keseronokan tanpa had dan pembelajaran kreatif bagi semua peringkat umur di Malaysia.

Sempena pembukaan semula taman tema tertutup Melaka ini, ia menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua pengunjung – menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom.
Projek naik taraf terbarunya juga membawa pelbagai tarikan baharu termasuk Candyworld Selfie Zone baharu, kiosk foto kamera 360°, dan Karaoke Zone yang dipertingkatkan.

Bagi and ayang berminat untuk menikmati pengalaman serba baharu ini, Wonderpark Melaka dibuka dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Ia menawarkan harga tiket amat berpatutan dari hari Isnin hingga Khamis untuk orang dewasa, iaitu RM25 sahaja.
Sementara harga tiket pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah adalah RM30, disertakan lagi dengan baucar percuma yang bernilai RM30 untuk diskaun makanan dan minuman. Lebih menarik lagi, warga emas berumur 65 tahun ke atas boleh menikmati kemasukan percuma pada semua hari dalam seminggu, manakala golongan berkeperluan khas boleh menikmati diskaun 50% bagi harga tiket.

Selain aktiviti-aktiviti hebat, taman tema ini juga menawarkan pelbagai Pakej Hari Jadi yang memberi memori indah untuk hari istimewa si kecil anda termasuk makanan, hiasan dan hiburan yang disediakan oleh pasukan Wonderpark Melaka.
Selain itu, Pakej Lawatan Sambil Belajar juga disediakan untuk para pelajar termasuk satu tiket masuk, satu hidangan makanan, dan satu kit pendidikan yang mengandungi silibus untuk aktiviti-aktiviti ilmiah yang berlangsung di sekitar taman itu. Ini bukan sahaja menjanjikan lawatan sehari yang menyeronokkan, tetapi juga bermanfaat untuk pembelajaran mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.wonderpark.my/.