Bekas Makanan Dan Kutleri Plastik Sekali Guna Dikenalpasti Sebagai Jenis Barangan Plastik Ketiga Paling Kerap Ditemui Di Lautan
Lina Rosli
Tinjauan yang dijalankan pada tahun 2023 mendapati bahawa 31% individu sekurang-kurangnya akan memesan makanan bawa-pulang di platform penghantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Dan sekitar 38% daripada individu yang berumur 18 hingga 24 tahun memesan makanan bawa pulang sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Daripada mereka yang ditinjau, 8% berkata mereka menjangkakan untuk memesan lebih banyak makanan bawa pulang pada tahun 2024.

Apa yang memburukkan keadaan ini adalah semua makanan yang dipesan di kesemua platform ini dihantar dalam bekas bawa pulang sekali guna yang mempunyai kesan ketara kepada alam sekitar.
Untuk pengetahuan anda, bekas makanan dan kutleri plastik sekali guna telah dikenal pasti sebagai jenis barangan plastik ketiga paling kerap ditemui di lautan.
Dan bahan pencemar laut teratas ialah beg plastik dan botol plastik. Selepas bekas makanan dan kutleri, bahan pencemar ke-4 terbanyak adalah pembungkus, tali sintetik, dan barangan memancing.
Secara keseluruhan, bekas makanan sekali guna ini menyumbang lebih daripada 9% daripada sampah lautan global.

Oleh itu, sekiranya individu mula menukar kepada pilihan penghantaran makanan “tanpa kutleri”, ia sekurang-kuranya akan mengurangkan jumlah sisa plastik – di China sahaja, kajian mendapati bahawa lebih daripada 21.75 bilion set kutleri sekali pakai boleh dijimatkan setiap tahun jika semua individu mengamalkan tabiat tanpa plastik ini.