Ramai individu sering sering berfikir keracunan makanan akan berlaku serta-merta, tetapi hakikatnta itu tidak selalu berlaku.

Untuk pengetahuan anda, masa yang diperlukan untuk badan memberi reaksi dan merasai kesan keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria.

Menurut pakar toksikologi perubatan, sesetengah bakteria boleh mempunyai tempoh inkubasi selama satu hingga dua hari.

Apabila orang berasa sakit dengan cepat selepas makan, ia berkemungkinan disebabkan oleh Staphylococcus aureus. Bakteria ini mencipta toksin yang boleh membuat anda sakit dalam masa 30 minit hingga lapan jam selepas pengambilan.

Selain itu, keracunan makanan akibat bakteria Staph ini biasanya bermula dengan kekejangan perut, loya dan muntah. 

Berapa lama masa yang diambil untuk pulih daripada keracunan makanan?

Jika keracunan makanan berpunca daripada toksin yang disebabkan oleh bakteria staph juga, oang ramai cenderung untuk pulih daripada keracunan makanan dalam satu hingga dua hari – tetapi ada juga kes yang boleh berlaku sehingga dua hingga empat minggu selepas pendedahan kepada makanan basi.

Sesetengah kes keracunan makanan boleh bertahan selama 14 hari, di mana anda boleh mengalami cirit-birit yang berterusan.

Adakah terdapat cara untuk pulih daripada keracunan makanan dengan cepat?

Setakat ini, masih tiada lagi rawatan tunggal yang akan mempercepatkan pemulihan, sekiranya mengalami keracunan makanan.

Bagi yang mengalami keracunan makanan, ia akan mengambil masa sekitar 24 hingga 48 jam untuk badan anda mengeluarkan toksin yang menyebabkan keracunan makanan.

Untuk memastikan diri anda selesa dan mengelakkan dehidrasi, anda disyorkan agar sentiasa terhidrat. Jika anda ingin mengisi semula tubuh dengan larutan elektrolit, pastikan produk itu rendah gula. ini kerana, sesetengah larutan elektrolit mempunyai terlalu banyak gula di dalamnya dan sebenarnya boleh memburukkan cirit-birit.

Bersama dengan air, Institut Kesihatan Nasional mengesyorkan orang dewasa menggantikan cecair yang hilang dengan sup dan minuman sukan. Selain itu, NIH menasihatkan jus buah dengan air ditambah untuk menjadikannya lebih cair. Kanak-kanak, sebaliknya, harus menggunakan larutan rehidrasi oral seperti Pedialyte untuk meredakan gejala keracunan makanan.

Anda juga perlu mengelakkan makanan pejal selama 24 jam, terutamanya jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan makanan. Ini bagi memberi masa sistem penghadaman untuk berehat dan pulih dalam tempoh keradangan ini.

Selepas 24 jam, individu boleh makan sedikit makanan dengan karbohidrat tinggi. Diet BRAT – pisang, nasi, sos epal, roti bakar – adalah baik jika anda menghadapi cirit-birit. Keropok masin juga biasanya boleh diterima dan boleh membantu menggantikan elektrolit yang hilang.

Jika anda berhadapan dengan loya dan muntah, anda dinasihatkan supaya tidak makan makanan berperisa, tenusu, makanan yang menghasilkan gas dan makanan berserat. Ini kerana makanan berserat tinggi boleh memburukkan gejala dan menimbulkan kembung dan ketidakselesaan perut.