Bersempena Tahun Baharu Cina ini, KFC Malaysia bersedia untuk memperkenalkan tiga tambahan hidangan lazat pada menunya.

Bermula dari 6 Februari 2024, pelanggan boleh menikmati KFC Fiery Golden Egg Crunch serba baharu yang menampilkan KFC Fiery Golden Egg Burger dan Golden Bucket dengan Jalapeño Cheese Poppers.

Untuk Fiery Golden Egg Crunch dan Fiery Golden Egg Burger, ia merupakan tambahan terbaru di dalam siri Golden Egg Crunch KFC. Dan apa yang membezakan penawaran ini dengan yang sebelumnya adalah, hidangan ini diperhalusi dengan sensasi rasa pedas yang meletup – hasil daripada cili ketiga paling pedas di dunia, iaitu Ghost Pepper.

Menambah satu lagi hidangan di dalam menu eksklusif Tahun Baharu Cina, KFC memperkenalkan Jalapeño Cheese Poppers. Poppers yang menarik ini kini tersedia dengan setiap KFC Golden Bucket, menjadikannya pelengkap kepada hidangan makan tengahari atau makan malam anda.

Jangan lepaskan tawaran masa terhad ini kerana emas pastinya berbeza rasanya tahun ini. Kunjungi cawangan KFC Malaysia terdekat anda mulai 6 Februari 2024 dan nikmati perisa berani dan pedas dari Fiery Golden Egg Crunch, Fiery Golden Egg Burger, dan Golden Bucket dengan Jalapeño Cheese Poppers.