Carian
KPN, i-City Akan Mengadakan Pertunjukan Bunga Api Sempena Tahun Baru Cina
February 8, 2024 Lina Rosli

Bersempena Tahun Baharu Cina pada tahun 2024, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Festival Perpaduan Etnik di i-City pada 17 dan 18 Februari 2024.

Festival ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk perpaduan etnik di Malaysia sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.

Dua acara utama yang dijadualkan bersama festival ini ialah persembahan bunga api yang spektakuler, mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia pada 17 Februari (8 malam) dan Unity Walk pada 18 Februari (7 pagi).

Menurut Pengarah i-City, Monica Ong, acara ini juga akan menampilkan aktiviti seperti demonstrasi pertahanan diri, pertunjukan fesyen, panggung rakyat, dan persembahan budaya dan banyak lagi.

Sepanjang tempoh ini juga, pengunjung akan menikmati suasana meriah sambutan dan pada masa yang sama, menjelajahi permainan dan tarikan baru seperti Digital Sports Arena, Immersive Winterland, dan Race Karting, antara lain.

Antara acara menarik lain yang menanti pengunjung termasuklah persembahan Tarian Singa Akrobatik dan Tarian Naga pada 11 dan 24 Februari 2024, God of Prosperity mengedarkan buah oren dan kemasukan percuma ke Muzium Lilin Red Carpet 2 serta pembukaan tarikan mini baharu.

Komen