Carian
Pusat Perubatan Sunway Velocity Kini Hadir Dengan Perkhidmatan Pembedahan Robotik Menggunakan Mesin da Vinci Xi
February 13, 2024 Lina Rosli

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) kini bersedia untuk merevolusikan penjagaan pesakitnya dengan pengenalan perkhidmatan pembedahan robotik di hospital ini yang menampilkan mesin pembedahan da Vinci Xi yang terkini.

Penambahan perkhidmatan baharu ini menyerlahkan lagi komitmen SMCV untuk menyediakan prosedur perubatan terkini untuk meningkatkan pemulihan pesakit serta meningkatkan tahap penjagaan kesihatan untuk komuniti setempat.

Mesin da Vinci Xi ini menandakan lonjakan kuantum dalam teknologi pembedahan serta membolehkan pakar bedah untuk menjalankan pelbagai jenis pembedahan invasif minimal dengan ketepatan dan ketangkasan yang tiada tandingan jika dibandingkan dengan kemampuan tangan manusia biasa.

Pembedahan robotik merupakan bidang yang kini sedang berkembang pesat dalam industri penjagaan kesihatan yang memanfaatkan sistem robotik untuk membantu dalam prosedur pembedahan, menawarkan alternatif invasif minimal berbanding pembedahan laparoskopi tradisional.

Untuk pengetahuan anda, mesin da Vinci Xi ini dapat meningkatkan keupayaan dan kepelbagaian pembedahan yang dibantu robot yang mana ia akan membantu memberikan ketepatan penandaan, meningkatkan penglihatan pakar bedah serta memberikan lebih akses ke kawasan pembedahan.

Teknologi ini juga diperkatakan untuk mentakrifkan semula landskap pembedahan di Malaysia dan meliputi pelbagai bidang kepakaran, termasuklah bidang urologi, ginekologi, pembedahan bariatrik, pembedahan kolorektal, pembedahan am, atau pembedahan telinga, hidung dan tekak (ENT), serta memberikan keupayaan untuk pakar bedah menjalankan prosedur yang kompleks dengan kawalan dan fleksibiliti yang lebih bagus serta dipertingkatkan.

Selain itu, mesin da Vinci Xi yang mempunyai visualisi 3D berdefinisi tinggi dapat meningkatkan ketepatan dan membantu pakar bedah untuk membuat keputusan semasa menjalankan pembedahan serta menghasilkan hirisan bedah yang lebih kecil, dapat mengurangkan kehilangan darah dan memberikan masa pemulihan yang lebih cepat untuk pesakit.

Akses Kepada Rawatan Terkini Oleh SMCV

Bagi mereka yang berminat untuk memahami lebih lanjut mengenai perkhidmatan robotik yang tersedia di SMCV, mereka boleh menghubungi Pusat Robotik SMCV di [email protected] atau melayari https://sunwaymedicalvelocity.com.my/en/services-facilities/robotic-surgery/.

Sama ada anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat tambahan, atau ingin memahami cara teknologi robotik digunakan dalam landskap penjagaan kesihatan, Pusat Robotik SMCV bersedia untuk memberikan informasi dan panduan yang anda perlukan.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my/

Komen