Marriott Hotels, jenama senama portfolio luar biasa Marriott Bonvoy yang terdiri daripada lebih 30 jenama hotel, memperkenalkan hotel pertamanya di Pulau Pinang.
Kemasukan jenama itu ke Pulau Pinang adalah bukti kecemerlangan seni bina, menawarkan gabungan gaya abadi, daya tarikan, dan kemeriahan budaya yang menjadikan Pulau Pinang unik.
Terletak di sepanjang lokasi utama di pinggir laut Gurney Drive, Penang Marriott Hotel ialah sebuah hartanah yang menakjubkan yang menjanjikan pemandangan laut dan bandar yang menakjubkan di samping lokasi pusat George Town, Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Memilih Pulau Pinang sebagai lokasi yang baharu, negeri ini boleh dikatakan cukup terkenal sebagai salah satu destinasi riadah paling meriah di Malaysia dan hab untuk pengembara perniagaan. Oleh yang demikian, Pulau Pinang merupakan destinasi ideal untuk pembukaan Marriott Hotel.
Di Penang Marriott Hotel, ia menampilkan gabungan keanggunan dan keselesaan modenyang menegtengahkan elemen reka bentuk kontemporari, kemudahan kelas atas, dan turut memupuk suasana yang canggih dan mesra.
Menampilkan jumlah bilik yang banyak, Penang Marriott Hotels hadir dengan 223 bilik indah yang mentakrifkan semula kemewahan di persiaran ikonik Pulau Pinang. Bilik-bilik ini direka bentuk untuk menyediakan tetamu dengan tempat percutian yang selesa dan mewah, menampilkan kemudahan kontemporari dan pemandangan bandar yang menakjubkan atau persisiran pantai Laut Andaman yang indah – sekaligus menjanjikan pengalaman yang melampaui biasa.
Antara kemudahan lain yang ditawarkan termasuklah:
- Pusat kecergasan 24 jam yang serba lengkap, bilik wap dan kolam renang infiniti luaran yang menjanjikan oasis yang tenang dengan geladak matahari yang memberikan pemandangan pantai Gurney yang menakjubkan.
- Ruang untuk berhubung, bekerja atau berehat, Greatroom adalah nadi Penang Marriott Hotel.
- M Club, lounge premium yang ditawarkan oleh hotel menambah dimensi yang tiada tandingan kepada pengalaman untuk ahli elit program kesetiaan Marriott Bonvoy.
- Kelab Kanak-kanak di Aras 4, menyediakan aktiviti yang diawasi dan bersesuaian dengan umur untuk tetamu yang lebih muda.
Tawaran Pilihan Juadah Yang Meriah Di Penang Marriott Hotels
Sementara untuk penawaran gastronomi pula, Penang Marriott Hotels memfokuskan kepada hidangan ala Itali untuk restoran Kucina. Manakala, untuk pilihan sajian yang lebih antarabangsa pula, anda boleh mendapatkannya sepanjang hari di restoran Sago.
Untuk snek dan kudap-kudapan pula, hotel ini menawarkan Lava Java yang menampilkan hidangan makanan segera.
Di waktu malam, jangan ketinggalan untuk mendapatkan secawan koktel di bar Greatroom. Anda juga boleh menganjurkan pelbagai majlis di La Siena, ruang pelbagai fungsi serba boleh yang mempamerkan pilihan tawaran makanan dan minuman yang menarik, daripada minum petang yang menawan sehinggalah kepada konsep santapan yang inovatif.
Bagi yang berminat untulk berkunjung ke Penang Marriott Hotel ini, anda boleh melakukan tempahan bilik bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.marriott.com/penmc