Carian
Rexona Memperkenalkan Deodoran Baharu Yang Memfokuskan Kepada Pencerahan Bawah Lengan – Rexona Vitamin+Bright
February 16, 2024 Lina Rosli

Baru-baru ini, Rexona mengumumkan kerjasama dengan kumpulan wanita K-pop, (G)I-DLE. Kolaborasi ini menandakan komitmen Rexona dalam menggabungkan inovasi produk deodoran dengan resonans budaya sekali gus menjadikannya bukan hanya fokus pada pencerahan ketiak dan kesegarannya bahkan tentang keyakinan dalam pergerakan.

Menerusi kolaborasi ini, sebuah produk untuk ketiak kini diperkenal – Rexona menampilkan rangkaian deodoran Vitamin Bright yang mengubah corak permainan industri penjagaan peribadi.

Menyedari bahawa 62% daripada orang muda di Asia telah mengehadkan cara mereka bergerak kerana bawah lengan mereka, kerjasama ini mencerminkan gabungan antara lambang keyakinan kumpulan (G)I-DLE dan dedikasi Rexona untuk menerangi serta memperkasakan setiap individu.

Formula inovatif ini bukan hanya mencerahkan kulit bawah lengan tetapi juga memastikan perlindungan berterusan selama 72 jam lalu membolehkan semua orang #GLOWFORIT. Diperkaya dengan vitamin antioksidan yang kuat, fungsinya adalah untuk mengurangkan tanda hitam di bawah lengan yang menghalang keyakinan dan pergerakan diri.

Untuk rangkaian ini, Rexona hadir dengan 2 pilihan botol berbeza – iaitu Rexona Roll On, yang tersedia dalam saiz 45ml yang mudah alih kini dijual dengan harga RM12.90 seunit. Turut hadir dengan harga promosi iaitu Rexona Roll On Twin Pack yang mengandungi dua unit 45ml akan dijual dengan harga menarik iaitu RM20.60 seunit.

Sementara, Rexona Vitamin+Bright berbentuk semburan pula, Rexona Spray Single, dengan kandungan sebanyak 135ml kini boleh didapati dengan harga RM17.40 seunit.

Dapatkan deodoran penuh kesegaran dengan Rexona Vitamin+Bright ini di pasaraya berdekatan ataupun kedai dalam talian di Watsons dan Guardian.

Komen