Carian
Bangsar Height Pavilion X Hyatt Hotels Corporation Buka Pusat Pelancongan Di Johor Bahru – Hyatt Place Quayside JBCC
February 15, 2024 Lina Rosli

Memeterai perjanjian kerjasama antara Bangsar Heights Pavilion (BHP) dan Hyatt Hotels Corporation, mereka kini memperkenalkan Hyatt Place Johor Bahru City Centre dengan 200 bilik penginapan yang terletak di Quayside JBCC.

Menurut BHP, lokasi ini akan menjadi destinasi gaya hidup yang menampilkan tawaran membeli-belah dan hiburan baharu di tengah-tengah Johor Bahru.

Kerjasama penting untuk kedua-dua pihak itu bakal menawarkan perkhidmatan terpilih terkenal Hyatt Place yang disesuaikan untuk mereka yang bekerja ketika mengembara atau melancong bersama keluarga ke Quayside JBCC, sekali gus mengukuhkan kedudukan BHP sebagai peneraju dalam projek pembangunan inovatif.

Untuk pengetahuan anda, Quayside JBCC ialah pembangunan multi-aktiviti yang berstatus pegangan bebas yang terdiri daripada komponen membeli-belah, hotel, ruang perkhidmatan, dan santapan mewah (turut hadir dengan bar atas langit) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta. 

Berpusat di lokasi utama Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC), ia membabitkan pembangunan dengan sejumlah 482 ruang perkhidmatan yang diuruskan oleh pengendali berjenama berprestij, 24 unit ruang runcit komersial, hotel 200 bilik dan sky bar atas bumbung dan restoran mewah.

Bukan itu sahaja, kompleks ini juga menawarkan sebanyak 292 tempat letak kereta disediakan untuk tetamu dan pelawat, sekali gus melengkapkan kawasan sekitar kepada kemudahan ruang parkir tambahan bagi pengunjung mewahnya.

Tambah BHP lagi, Quayside JBCC akan menjadi lokasi untuk bekerja, menginap dan beriadah, malah bakal menjadi ekosistem baharu untuk pesat, berhubung dan berkembang maju. 

Dengan kehadiran Hyatt Place JBCC ini, ia direka untuk memberi penekanan kepada aspek yang kaya dengan warisan di kawasan sekitar dan menghidupkan semula legasi dengan pengaruh moden. Ia dijangka bukan hadir dengan sekadar bangunan; malah menjadi titik pertemuan menarik antara sejarah dan masa depan bagi penduduknya untuk masa kini dan masa depan.

Komen