Carian
UNIQLO Memilih Palet Warna Neutral Untuk Koleksi Pakaian UNIQLO U Bagi Musim Bunga Dan Musim Panas 2024
February 19, 2024 Lina Rosli

UNIQLO bulan ini mengumumkan pelancaran koleksi UNIQLO U Musim Bunga/Musim Panas 2024. Direka oleh Pengarah Artistik Christophe Lemaire dan pasukan R&D UNIQLO di Paris, koleksi ini mempersembahkan palet warna yang menenangkan namun unik kepada UNIQLO U.

Pemilihan warna neutral ini bertujuan untuk mencipta almari pakaian serba boleh dengan teknologi elegan, lapisan pelindung dan klasik untuk masa hadapan.

Menampilkan volum ringan, fabrik yang mewah, asas ikonik dan pakaian utilitarian yang anggun, koleksi UNIQLO U Musim Bunga/Musim Panas 2024 mewakili almari pakaian moden yang ringkas yang mencipta ketenangan sesuai dengan keperluan kehidupan seharian.

Antara warna yang dipilih termasuklah warna sage, celadon, ungu lembut, khaki terang, putih berkrim dan coklat. Warna-warna ini menawarkan pelbagai rupa tona dan kombinasi yang menarik untuk musim ini, membolehkan anda menyuai padan dengan lebih mudah.

Untuk koleksi kali ini juga, UNIQLO hadir dengan rekaan baju yang lebih universal atau tanpa jantina – mencipta koleksi ringkas yang memenuhi kriteria untuk pemakaian kedua-dua jantina.

Berikut adalah barisan pakaian yang diperkenalkan di dalam koleksi ini, termasuk 20 item untuk wanita, 24 item untuk lelaki dan 4 item untuk aksesori.

Komen