Secara umumnya, apakah yang dimaksudkan dengan produk penjagaan kulit premium? Adakah produk premium ini menampilkan pek pembungkusan yang mewah sahaja ataupun ia menawarkan formulasi seperti sutera, ringan seperti udara, dan aroma yang wangi?
Apabila anda mengeluarkan wang untuk produk penjagaan kulit premium, rata-rata individu menjangkakan apa yang ada di dalam produk itu adalah keupayaannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Untuk pengetahuan anda, jenama gergasi untuk produk kosmetik selalunya akan mengambil formula daripada satu jenama yang berfungsi dengan baik, dan mereka hanya akan menghiasinya dan membungkusnya semula untuk jenama lain.
Jadi, walaupun bahan “paling berkuasa” mungkin kekal dalam produk yang lebih tinggi, asasnya boleh sama dengan produk kosmetik lain di pasaran.
Produk Kecantikan Premium Vs Produk Biasa
Tidak semua produk kecantikan premium ini hanya mahal disebabkan oleh jenama dan bungkusan sahaja.
Hakikat sebenarnya, terdapat beberapa jenama penjagaan kulit yang lebih mahal dan lebih premium selalunya termasuk campuran proprietari bahan mereka sendiri dalam produk mereka, yang biasanya diperoleh daripada makmal eksklusif untuk mereka – atau dengan kata lain, anda tidak akan menemuinya di mana-mana produk kecantikan biasa yang lain.

Bahan-bahan ini boleh dikatakan benar-benar boleh memberi kesan yang luar biasa pada kulit anda.
Tetapi harus diingatkan, disebabkan ia adalah campuran proprietari, jenama mewah kebiasaannya tidak perlu mendedahkan apa sebenarnya yang terkandung di dalamnya. Atau dengan kata lain, 90% daripadanya adalah air dan hanya 10% sahaja bahan aktif, tetapi ia masih akan muncul dahulu dalam senarai ramuan.
Bagaimana Cara Untuk Mengetahui Produk Penjagaan Kulit Yang Mahal Berbaloi Untuk Dibeli?
Sebagai pengguna, jika anda melihat jenama seperti Murad atau Perricone MD, mereka dilihat hadir dengan ujian klinikal tersendiri, dan menunjukkan kepada pengguna akan bukti bahawa produk mereka benar-benar berkesan.
Dengan ini, sekurang-kurangnya pengguna tahu bahawa mereka membeli sesuatu produk yang mempunyai kredibiliti.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan, sebelum melabur dalam produk super mewah, luangkan masa untuk melakukan penyelidikan anda. Biasanya, jenama yang berkualiti akan bersedia untuk membuktikan produk mereka berfungsi dengan baik.
Sebaliknya, jenama kecantikan yang mungkin tidak mempunyai pembiayaan untuk menjalankan kajian -anda sebagai pengguna, boleh bergantung pada pengetahuan kecantikan anda sendiri dan belajar membaca senarai ramuan seperti ahli kimia kosmetik.
Anda boleh mencari ramuan yang telah dicuba dan benar-benar berkesan seperti retinol adalah salah satu daripadanya-sangat banyak sains telah dilakukan mengenai nilainya. Vitamin C, vitamin E, dan asid ferulik semuanya telah dibuktikan oleh sains yang juga berfungsi kecantikan.