Kulit yang sihat dan bersih semestinya telah menjadi impian bagi setiap individu. Perkara ini bukan suatu hal yang baharu atau hanya berlaku di zaman moden sahaja, tetapi ia sebenarnya sudah menjadi trend sejak dari dahulu lagi.
Menurut ahli sejarah terdahulu, mereka mempunyai rekod kerabat diraja terdahulu di Eropah akan melakukan segala-galanya untuk menyembunyikan parut akibat jerawat atau kesan jangkitan yang serius dengan cara melakukan solekan pada kulit mereka.
Selain daripada menggunakan produk kecantikan untuk mengurangkan masalah jerawat di muka, individu seharusnya menguruskan pengambilan makanan dengan baik. Hal ini kerana, dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia bukan sahaja memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan kulit, tetapi juga menjadikan diri lebih terasa lebih sihat dan bertenaga.
Menurut pakar, mengubah diet anda boleh menghalang sekurang-kurangnya beberapa jerawat daripada timbul. Untuk mengetahui garis panduan umum pengambilan makanan, Tajria hari ini akan berkongsikan tentang jenis-jenis makanan yang boleh dielakkan bagi mengurangkan risiko jerawat.
#1 Susu Skim
Menurut pakar dermatologi, rata-rata susu skim di pasaran boleh memburukkan jerawat.
Ini kerana dalam kandungan susu skim, lemak dan unsur kritikal yang mengawal hormon dalam tubuh individu telah hilang. Hormon yang dibiarkan bebas daripada kekangan dalam susu rendah lemak atau skim kebiasaannya boleh mencetuskan beberapa jenis jerawat dipanggil faktor pertumbuhan seperti insulin.
Oleh itu, untuk menggantikan susu skim ini, anda boleh mengambil probiotik atau alternatif susu. Bagi yang tidak mengetahui, probiotik memainkan peranan penting dalam diet yang sihat. Mereka membantu meningkatkan imuniti, dan kajian menunjukkan ia membantu mengurangkan keradangan, yang mungkin membantu penurunan berat badan dan melancarkan penghadaman.
Antara makanan yang mengandungi probiotik termasuklah yogurt, sauerkraut yang ditapai, tempe atau kefir.
#2 Makanan Karbohidrat Yang Diproses
Untuk pengetahuan anda, sebarang makanan yang ditapis seperti pasta, roti putih, pencuci mulut, jus, atau soda adalah makanan yang tinggi dengan indeks glisemik. Oleh yang demikian, makanan ini akan melepaskan gula ke dalam aliran darah.
Kesannya, ia akan menyebabkan kerosakan kulit (dan kerosakan pada sistem badan lain), mencetuskan keradangan, dan memburukkan jerawat, rosacea, dan gangguan kulit yang lain.
Apa yang perlu dimakan adalah jenis makanan karbohidrat penuh dan tidak diproses seperti ikan, daging, telur, akar dan sayur-sayuran hijau. Dengan mengambil makanan tidak diproses di dalam hidangan, ia akan membekalkan vitamin, mineral dan antioksidan, yang semuanya membantu melindungi kulit kita dan menggalakkan kesihatan.
Selain itu, banyak makanan keseluruhan menyediakan lemak untuk mengekalkan kulit kita lembap, serat untuk membantu membuang toksin dari badan, dan protein untuk membantu memperbaiki kulit.
#3 Pencuci mulut
Pastri atau pencuci mulut bukan sahaja tinggi kalori dan rendah nilai pemakanan tetapi menurut kajian, pengambilan diet yang kaya dengan lemak dan gula didapati berkorelasi positif dengan jerawat.
Jadinya, pertimbangkan untuk mendapatkan beberapa hidangan tanpa gula seperti:
- Telur rebus kerana ia membekalkan protein yang tinggi dan tanpa gula. Ia juga membuatkan anda kenyang dan membekalkan vitamin D3, omega 3, vitamin b, kolin dan zat besi.
- Pistachio baik untuk jantung anda. Ia juga tinggi serat yang membantu membuang toksin di dalam badan.
- Coklat gelap adalah pilihan makanan manis yang baik – ia tinggi antioksidan, mengandungi serat yang baik, dan rendah gula. Semakin gelap coklat, semakin kurang kandungan gulanya.
#4 Buah pisang
Anda harus mempertimbangkan untuk mengelakkan makanan yang mendapat skor tinggi pada carta indeks glisemik Harvard . Antara contoh makanan dengan indeks glisemik tertinggi termasuklah pisang.
Jika anda menggunakan pisang untuk rasa manis dalam smoothie anda, cuba tukar dengan buah yang lebih rendah pada carta indeks glisemik, seperti ceri.
#5 Kopi
Kafein, gula, dan karbohidrat yang ditapis sering menyebabkan lonjakan kortisol dalam badan. Kortisol ialah hormon tekanan, dan ia adalah apa yang badan anda keluarkan apabila ia tertekan.
Lonjakan kortisol boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan minyak secara berlebihan dan mengakibatkan jerawat.
#6 Produk soya
Walaupun produk soya adalah cara yang popular untuk mendapatkan pengambilan protein anda, terutamanya jika anda seorang vegetarian, akan tetapi pakar tidak menggalakkan penggunaan produk berasaskan soya, yang boleh mengurangkan tahap estrogen dan menyebabkan kelenjar kita menghasilkan sebum berlebihan – bahan yang menyumbat pori-pori.
Anda boleh bertukar daripada susu soya kepada susu badam atau gajus. Susu badam boleh membantu membersihkan kulit.
#7 Buah kering dan jus buah
Buah adalah makanan dengan jumlah gula semula jadi yang tinggi. Dikenali untuk menggalakkan pengeluaran minyak dan keradangan, mengambil terlalu banyak buah dan jus kering akan mengakibatkan pengambilan gula yang tinggi, yang dikaitkan dengan jerawat .
#8 Makanan segera
Makanan segera biasanya sangat diproses dan lebih tinggi dalam karbohidrat halus, yang bermaksud ia menawarkan kandungan gula lebih tinggi dan nilai pemakanan lebih rendah.
Karbohidrat ditapis menyebabkan lonjakan gula darah dan insulin, yang menyebabkan keradangan dan peningkatan pengeluaran sebum, yang boleh menyebabkan jerawat.
Amalkan Omega 3 kerana makanan ini akan mengurangkan keradangan dalam badan dan juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV, memastikan kulit lembap, dan menggalakkan integriti untuk meningkatkan penyembuhan kulit.