Carian
Sudahkah Anda Mencuba Minuman Baharu Chatime X Yeo’s?
February 20, 2024 Lina Rosli

Khusus buat anda yang menggemari jenama Chatime dan juga minuman sedia minum dari Yeo’s, inilah masanya untuk anda mendapatkan siri minuman yang menggabungkan keunikan Chatime dan juga kelazatan 3 perisa minuman popular Yeo’s.

Untuk siri minuman Chatime X Yeo’s ini, ketiga-tiganya menampilkan 3 gabungan yang berbeza iaitu:

  • Chrysanthemum Milk Tea – Teh susu yang dihadirkan dengan rasa bunga Chrysanthemum
  • Lychee Mint Slush – Ais kisar bersama buah laici dan daun pudina
  • Winter Melon Milk Tea With Grass Jelly – Teh susu dengan rasa buah kundur dan ditambah topping cincau

Berdasarkan perkongsian di media sosial Chatime, kesemua minuman teh ini ditawarkan di kesemua rangkaian Chatime berdekatan anda di bawah siri Prosperitea With Yeo’s.

Komen