Walaupun kebanyakan makanan yang diproses dan dibungkus rapi di rak selamat untuk dimakan lebih lama daripada tarikh luputnya, namun bergantung kepada sesuatu keadaan, makanan tersebut mungkin tidak selamat untuk dimakan.
Begitu juga dengan makanan dalam tin ataupun makanan beku, tidak dinafikan bakteria tidak boleh tumbuh disebabkan oleh beberapa faktor seperti suhu dan juga bahan-bahan tambahan di dalamnya. Namun, kebarangkalian untuk makanan-makanan ini rosak juga adalah besar.
Mengenai makanan seperti susu, keju, sayur-sayuran segar dan buah-buahan pula, ia tidak boleh dimakan melepasi masanya kerana ia boleh menyimpan bakteria yang boleh berbahaya kepada badan anda – berpunca dari pemecahan semula jadi bahan organik.
Ketahui Perbezaan Jenis Label Tarikh Pada Tin Atau Bekas Makanan
Berikut adalah jenis-jenis label tarikh pada tin atau bekas makanan:
- Baik Sebelum (Best Before): Ini adalah tarikh jaminan kualiti yang berfungsi sebagai “cadangan” apabila rasa dan kualiti makanan berada di kemuncaknya. Ia bukan tarikh pembelian atau keselamatan penggunaan.
- Gunakan Pada/Oleh (Used By): Ini adalah tarikh yang dicadangkan apabila anda perlu makan makanan tersebut. Tetapi hanya kerana satu atau dua hari melepasi tarikh penggunaan tidak bermakna memakannya akan membuat anda sakit. Namun, anda masih harus menilai sendiri kualiti makanan selepas masa ini.
- Dijual Pada (Sell by): Ini tarikh untuk peruncit yang membantu mereka menentukan berapa lama produk atau makanan harus kekal di rak.
Jadual Rujukan Tempoh Tarikh Luput Untuk Makanan
Berikut adalah beberapa contoh makanan dan berapa lama sebelum ia tidak selamat untuk dimakan:
Telur | Makan dalam masa 3 hingga 5 minggu – selepas disejukkan/disimpan di dalam peti sejuk |
Yogurt | Makan dalam masa 2 minggu apabila disejukkan atau dalam masa 2 bulan apabila dibekukan |
Susu | Selamat untuk diminum dalam masa 1 minggu selepas dibuka – apabila disimpan di dalam peti sejuk. Tempoh selamat minum akan 3 bulan apabila dibekukan |
Mentega | Guna dalam tempoh 3 bulan apabila disejukkan atau dalam tempoh 6 bulan apabila dibekukan. |
Sosej/Nuget | Masak dan makan dalam masa 2 minggu jika belum dibuka atau 1 minggu selepas dibuka apabila disejukkan. Sementara dalam tempoh 1 hingga 2 bulan apabila dibekukan. |
Sos tomato/ Sos Cili/ Sos Tiram/ Sos Lain | Makan dalam tempoh 6 bulan apabila dibuka dan disejukkan. Dan anda boleh simpan dalam pantri selama 1 tahun jika belum dibuka. |
Mayonis | Makan dalam tempoh 2 bulan apabila dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk. Boleh simpan dalam pantri selama 3 bulan jika belum dibuka. |
Jem buah-buahan | Makan dalam tempoh 6 bulan apabila telah dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk. Boleh simpan dalam pantri selama 1 tahun (belum dibuka). |
Nasi dan pasta kering | Guna dalam masa 2 tahun. |
Air botol dan tin | Minum dalam masa 2 hari apabila dibuka dan kekal sejuk di dalam peti sejuk. Jika belum dibuka, ia boleh disimpan dalam pantri selama 9 bulan. |