Carian
Tips Hilangkan Kesan Air Atau Dakwat Pen Pada Meja Kopi Atau Perabot Kayu
April 17, 2024 Lina Rosli

Pernahkah anda perasan apabila anda meletakkan cawan di atas meja makan kayu ataupun mangkuk yang berisi makanan panas, akan muncul kesan putih di permukaan kayu?

Mengapa terdapat kesan air pada meja kayu? Ia disebabkan oleh gelas sejuk ataupun piring panas mengeluarkan air yang membentuk kelembapan secara sejuk atau wap panas. Apabila permukaan tersebut kering, liang kayu akan terbuka dan air atau anasir lain boleh memasuki permukaan kayu.

Namun, setelah permukaan lembap atau basah, pori-pori akan mula menutup dan memerangkap kelembapan di dalamnya sekaligus menyebabkan tanda putih muncul.

Cara Menghilangkan Kesan Putih Akibat Air

Water mark atau kesan air boleh berlaku untuk tempoh yang sekejap. Namun, ada keadaan yang mana ia akan menyebabkan kerosakan pada permukaan kayu apabila ditinggalkan lebih lama.

Oleh itu, pastikan anda menghilangkannya secepat mungkin. Secara umumnya, terdapat dua kaedah yang boleh anda lakukan iaitu:

  1. Gosokkan sedikit minyak zaitun pada bahagian yang terkena air. Kemudian, biarkan selama satu jam dan bersihkannya dengan kain bersih.
  2. Atau letakkan ubat gigi pada kain lembut dan gosokkan pada kesan air sehingga hilang. Lap sisa ubat gigi dengan kain lembap dan gosok permukaan kayu dengan kain lembut dan kering untuk membersihkannya. Selain ubat gigi, anda juga boleh menggunakan soda penaik untuk menghilangkannya.

Cara Membersihkan Kesan Gam Atau Pelekat

Antara kaedah yang sesuai untuk menghilangkan kesan gam pada kayu adalah dengan mengikis perlahan menggunakan kad ataupun pembaris yang tidak terlalu tajam.

Kemudian, anda boleh melembutkan kesan gam yang berlebihan dengan menggunakan pelarut seperti cuka putih. Anda juga boleh menggunakan pelarut gam kayu jika ia tidak berhasil.

Tips Bersihkan Contengan Pen Atau Kesan Dakwat

  1. Celupkan kain lembut yang lembap ke dalam serbuk soda penaik dan gosokkan di kawasan kotoran dengan lembut sehingga ia mula hilang.
  2. Soda penaik biasanya hadir dengan kualiti penghakisan semula jadi yang menjadikannya berkesan untuk menghilangkan noda. 
  3. Gunakan kain lembap yang bersih untuk menyapu sisa soda penaik dan keringkan dengan kain lembut.
  4. Kaedah lain yang boleh anda gunakan adalah meletakkan alkohol terus pada kotoran. Kemudian, biarkan ia selama 15 minit sebelum lap dengan kain kering.

Berikut adalah beberapa kaedah pembersihan perabot kayu agar ia kelihatan lebih baru. Untuk pengetahuan anda, ia amat penting untuk anda menghilangkan tanda air di dalam kayu kerana ia sekaligus dapat mengurangkan risiko pertumbuhan spora selain dapat memulihkan permukaan kayu.

Komen