Tahukah anda bahawa anda kini boleh mula pra-tempah tempat duduk untuk berbuka puasa pada Ramadan ini di Suki-Ya?
Menerusi laman web Umai, anda boleh memilih lokasi cawangan Suki-Ya yang anda ingin kunjungi dan mula tempah slot anda secara langsung.
Berdasarkan perkongsian di platform berkenaan, waktu tempahan slot yang tersedia adalah pada jam 6.30 petang dan juga 7.00 malam.
Untuk pengunjung yang telah membuat tempahan, Suki-Ya menyarankan anda untuk tiba lebih awal kerana waktu menunggu (holding time) untuk meja anda hanya terhad kepada 10 minit sahaja. Dan sekiranya anda lewat, meja tersebut akan dibuka kepada pelanggan lain.
Harus diingatkan juga, bagi anda yang ingin melakukan tempahan, Suki-Ya hanya menerima tempahan slot atau meja sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal – tidak menerima tempahan untuk hari yang sama. Yang mana untuk kunjungan hari yang sama, pengunjung hanya dibenarkan melakukan walk-in sahaja.
Selain itu, pengunjung juga perlu memastikan tempahan dilakukan mengikut jumlah individu yang ingin dibawa termasuk kanak-kanak. Sekiranya, anda ingin menambah jumlah individu selepas membuat pesanan, anda perlu melakukan tempahan slot baharu dan membatalkan tempahan yang lama.
Setiap sesi makan diperuntukkan selama dua jam. Sekiranya mana-mana ahli kumpulan anda tiba lewat untuk menjamu selera, caj tambahan sebanyak RM5.00 akan dikenakan setiap orang untuk setiap 15 minit masa lanjutan.
Mula tempah slot Suki-Ya di pautan ini.