Selama lebih dua dekad, IPC Shopping Centre telah mendedikasikan ruang mereka dengan berbagai transformasi dan menjadikannya satu destinasi yang ceria dan menarik untuk dikunjungi.
Kini, sebagai satu langkah strategik bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pusat beli-belah pilihan ramai, IPC Shopping Centre memperkenalkan lebih banyak lagi rakan niaga termasuklah daripada sektor F&B, gaya hidup, penjagaan diri serta banyak lagi tawaran perkhidmatan lain.
Sejak 20 tahun yang lalu, IPC Shopping Centre telah menjadi tuan rumah kepada banyak rakan niaga terkemuka, antaranya, Ben’s Independent Grocer, Harvey Norman dan Spotlight.

Bukan itu sahaja, IPC Shopping Centre juga merupakan hab untuk beberapa perintis perniagaan seperti Skechers, yang merupakan kedai pertamanya di rantau ini memaparkan koleksi pakaian terkininya, serta King Living yang buat pertama kali dibina dalam pusat beli-belah, dengan rangkaian koleksi sofa dan perabotnya yang telah memenangi banyak anugerah.
Selain memenuhi keperluan pengunjung dengan banyak barangan yang menarik dan unik, nama-nama kedai yang terkenal ini telah memainkan peranan melakar kejayaan IPC Shopping Centre dalam mengajak lebih ramai pengunjung datang berkunjung serta rakan niaga untuk menjalinkan kerjasama.
IPC Shopping Centre Akan Memperkenalkan Lebih Banyak Kedai Menarik
Pada tahun ini pusat IPC Shopping Centre akan membuka laluannya untuk rakan niaga baharu, iaitu Mr.DIY Plus yang yang menggabungkan kesemua jenama seperti EMTOP, Mr. DIY, Mr. Dollar dan Mr. Toy di bawah satu bumbung.
Bukan sekadar kedai biasa, Mr. DIY Plus turut membantu IPC Shopping Centre untuk terus komited menyediakan suatu tempat untuk pengunjung mencipta momen-momen indah bersama yang tersayang menjelang suku pertama 2024.
Dengan keluasan 23,779 kaki persegi, ia akan menjadi sebuah pusat interaktif serta bengkel kanak-kanak untuk pengunjung terokai sepanjang menyusuri lorong-lorong di dalamnya.
Selain itu, IPC Shopping Centre turut akan mengubah ruang alfresco menjadi rumah kaca sebagai meraikan pembukaan Canton Boy, sebuah restoran Masakan Halal Cina yang popular dan telah pun menempa kejayaan di MyTOWN Shopping Centre.
Tidak hanya itu, IPC Shopping Centre akan terus memperkenalkan pelbagai pilihan F&B secara berperingkat. Tahun 2024, rakan niaga seperti Mr. Vegan, Pezzo Pizza, BabaBoy, BananaBro, Bread History & Sandwich Box, KPOP Madang, Taste of Medan dan Noodle King House (tidak Halal) bakal bertemu peminat-peminat mereka.
Untuk kaum lelaki pula, pusat beli-belah ini turut memperkenalkan perkhidmatan dengan kualiti terunggul untuk golongan lelaki iaitu Jadioc Barbershop yang terletak di tingkat LG2 serta rangkaian servis penjagaan gigi yang komprehensif iaitu Ivory Dental bertempat di tingkat 1.

Turut Menyertakan Ruang Edutainment Untuk Kanak-Kanak
Para ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak mereka di Open Playhouse iaitu pusat edutainment yang menyediakan kafe, serta perkhidmatan untuk merancang jamuan dan majlis yang terletak di tingkat 2.
Tambahan pula, Galaxy Kidz di tingkat yang sama yang pasti akan memberikan kanak-kanak lebih keseronokan, di mana mereka juga boleh belajar berkawan sambil cuba berdikari melalui aktiviti seperti menaiki keretapi, bersama kawan ataupun secara bersendirian dan banyak lagi.

Kedai Alaf Baharu Di IPC Shopping Centre
IPC Shopping Centre buat pertama kali turut membuka dua buah kedai layan diri tanpa seliaan, salah satu inovasi dalam teknologi industri peruncitan yang signifikan terutamanya dalam menekankan piawaian kebersihan yang tinggi.
Bukan hanya meningkatkan kecekapan dalam perniagaan, Natural Signature yang diperkenalkan, merupakan jenama perabot terkemuka di dunia, di mana kebanyakan rekaannya diperbuat daripada kayu jati asli, serta Books for A Better World, kedai buku terpakai yang terletak di tingkat 2, telah memberikan definisi baru untuk para pengunjung. Dengan kewujudan kedua-dua kedai ini, pembeli kini boleh mengawal selia sepenuhnya aktiviti membeli-belah mereka, di samping menerokai pengalaman unik yang tersendiri dan secara autonomi.
Membina Semula Ruang Bagi Memenuhi Keperluan yang Berkembang
Seterusnya, IPC Shopping Centre secara terancang telah mengubah Link Bridge di tingkat 1 untuk menerajui Träffas Work Pods, ruang kerja peribadi dengan kelengkapan perabot yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kadar sewaan mengikut jam atau hari.
Pengunjung juga boleh mengubah ruang kerja mereka menjadi studio fotografi, studio rakaman untuk video atau podcast, bilik temuduga atau sudut belajar.

Bahkan, IPC Shopping Centre turut menggalakkan para pengunjung membayangkan transformasi ruang di Link Bridge dan mengubahnya menjadi kiosk kecil seperti bazar untuk komuniti atau menggunakannya bagi mempamerkan hasil kerja mereka.
Di samping itu, empat ruang parkir kereta yang terletak di tingkat P2 juga telah diubah menjadi stesen pengecasan EV yang disepadukan dengan aplikasi IPC dan program loyalti (Tack Club) untuk memberi servis pengecasan yang cekap sebagai memenuhi keperluan infrastruktur pengecasan yang boleh dipercayai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ipc.com.my.