Carian
Laporan Dapati Mesin Senaman Treadmill Menyebabkan Beribu-Ribu Kecederaan Setiap Tahun
February 26, 2024 Lina Rosli

Secara umumnya, antara alternatif popular untuk aktiviti senaman dalam kalangan individu adalah aktiviti larian di atas treadmill. Ini kerana, larian di atas treadmill ini bukan sahaja mudah dan selesa tetapi juga mempunyai kelengkapan teknologi yang terbina dan boleh disesuaikan mengikut keperluan individu.

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa terdapat laporan mendapati yang mana ramai individu telah cedera akibat menggunakan treadmill berbanding peralatan senaman lain?

Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS, lebih daripada 22,000 kecederaan treadmill telah berlaku pada 2019. Dan antara kecederaan yang berlaku termasuk tergelincir, terseliuh dan tegang. Namun, dalam kes lain, penggunaan treadmill juga boleh menyebabkan luka akibat terbakar yang serius, gegaran otak, patah tulang dan juga kematian.

Bahaya ini juga tidak terhad kepada pengguna. Haiwan peliharaan juga amat terdedah kepada kecederaan treadmill semasa penggunaan di rumah. 

Langkah Selamat Menggunakan Mesin Treadmill Di Rumah

Tips penggunaan mesin senaman treadmill dengan selamat:

  1. Pastikan anda memakai pakaian senaman yang sesuai dan kasut yang baik. Sebelum menaiki mesin, panaskan badan dengan regangan dan senaman pelbagai gerakan.
  2. Mula hidupkan treadmill dengan kelajuan perlahan. Pakar mengesyorkan tetapan kelajuan sekitar 1.6km/j. Kemudian melangkah dan berjalan perlahan-lahan untuk seketika sebelum menukar kelajuan atau berlari condong. 
  3. Apabila senaman anda selesai, matikan mesin dan pastikan ia telah berhenti sebelum melangkah keluar.

Selain itu, apabila anda menggunakan treadmill di rumah, pastikan terdapat banyak ruang kosong di belakang mesin. Ini kerana, sekiranya anda terjatuh, anda memerlukan tempat yang selamat untuk mendarat. 

Elakkan menggunakan treadmill apabila kanak-kanak atau haiwan peliharaan yang tidak dijaga berada di dalam bilik.

Komen