Carian
OATSIDE Kini Menawarkan Pilihan Saiz Kotak Lebih Kecil – Oatside Pocket Pack 200ml
February 27, 2024 Lina Rosli

Menampilkan pilihan yang lebih mesra poket, kini siri OATSIDE Pocket Pack boleh mula didapati dalam saiz 200ml.

Melalui saiz poket ini, OATSIDE akan lebih mudah untuk di bawa kemana sahaja. Ia tersedia untuk ketiga-tiga pilihan minuman iaitu Barista Blend, Chocolate dan juga Coffee.

Sekiranya anda belum pernah mencuba minuman OATSIDE, ia merupakan jenama susu berasaskan oat yang menggunakan bijirin berkualiti dari Australia – dan kemudiannya dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.

Apa yang menjadikan susu berasaskan tumbuhan ini menarik adalah kualiti yang ditawarkan di dalam setiap tegukan yang mana ia memperlihatkan tekstur susu yang pekat dan berkrim tanpa memberikan rasa akhir bijiran yang terlalu kuat dan mengganggu.

Antara ciri yang membezakan OATSIDE dengan susu berasaskan tumbuhan yang lain termasuklah ia mempunyai visual yang pekat dan cloudy, tiada sedimen kelihatan pada permukaan susu, hadir dengan tahap konsentrasi yang likat sesuai untuk penggunaan seni kopi, dan rasa bijirin yang konsisten, berkacang dan malty.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan OATSIDE Pocket Pack, anda boleh berkunjung ke kedai-kedai runcit utama seperti 7-Eleven, MyNews, CU, dan lain-lain, serta pasar raya utama di Malaysia termasuk Village Grocer, QRA Foods, Food Merchant, Ben’s Independent Grocer.

Sempena pelancarannya, OATSIDE juga membawakan Festival Pocket OATSIDE yang berlangsung pada 8 hingga 10 Mac 2024 di Starhill Gallery.

Komen