Kini tidak hanya memfokuskan kepada penawaran hidangan snek panas dan juga minuman kopi, nampaknya 7CAFé mula memperluaskan menu makanan mereka dengan menyediakan sajian sedia dimakan pada harga yang berpatutan.
Berdasarkan perkongsian video di Facebook dan Instagram rasmi 7CAFé, terdapat pelbagai sajian makanan sedia makan yang ditawarkan yang memfokuskan kepada hidangan citarasa tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, variasi nasi goreng, nasi dengan ayam rendang dan banyak lagi.
Apa yang menarik, kesemua harga makanan ini adalah serendah RM5.90 sahaja. Bagi anda yang berminat untuk mencuba hidangan ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana rangkaian atau cawangan 7CAFé di 7-Eleven berdekatan anda.