Diperkenalkan sejak tahun 2020, Eartheories telah menjalani proses yang rapi bagi memastikan setiap produk dihasilkan secara teliti dengan bahan-bahan yang berkualiti dari sumber tempatan.
Dengan menampilkan aroma Malaysia yang unik dan asli seperti minyak pati grapefruit lemongrass dan kaffir lime yang terlaris, Eartheories berjaya mencuri perhatian dalam kalangan jenama antarabangsa. Malah, ia turut menyumbang kembali kepada komuniti petani tempatan.
Menurut Eartheories, jenama mereka komited dalam menggunakan tanaman tempatan dalam setiap produk mereka. Usaha ini sinonim dengan permulaan mereka dari sebuah taman kecil peribadi milik pengasas Eartheories.

Tambahan lagi, Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber yang berkualiti dan kami ingin membudayakan ekosistem ‘agri-sanal’ (agriculture dan artisanal). Ekosistem ini akan memastikan setiap produk artisanal Eartheories hasil petani tempatan menyumbang semula kepada industri dan komuniti pertanian lokal secara positif dan mampan.
Sebahagian besar inisiatif Eartheories bergantung pada ladang tempatan mereka yang disokong oleh kerjasama strategik dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Pertanian Malaysia.
Selain itu, Pusat Penyelidikan Produk dan Ubat Semula Jadi (CENAR) Universiti Malaya turut menyumbangkan kemudahan mereka bagi menyokong pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Eartheories untuk merumus dan menginovasi produk mereka.

Melangkah ke hadapan, Eartheories beraspirasi melebarkan kejayaannya dengan menerapkan sumber semula jadi dari Malaysia yang terbaik dan berkualiti ke dalam rangkaian aromaterapi artisannya. Komitmen ini akan diperkukuh lagi dengan kerjasama jenama-jenama global bagi mencipta produk buatan Malaysia yang bertaraf dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Eartheories https://www.eartheories.com/ atau ikuti laman media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram.