Sebuah jenama kelengkapan rumah yang berasal dari Singapura, Alto By Commune yang terletak di Jalan Maarof, Kuala Lumpur memperlihatkan barisan produk dan perabot rumah artisanal khusus buat anda yang ingin mendapatkan kelengkapan baharu untuk raya ini.
Bersama-sama ingin meraikan kemeriahan Ramadan dan Syawal ini, Alto By Commune mengajak orang ramai untuk berkunjung ke ruang pameran Commune ini – melihat cara bagaimana mereka melakukan reka hias ruang kediaman mengikut citarasa dan kegemaran individu.
Di Commune, mereka mempercayai bahawa rekaan dan ketahanan perabot mencipta gaya hidup baharu yang menyatukan orang ramai dalam gaya dan keselesaan.
Reka bentuk perabot di Commune adalah berpaksikan manusia, dengan kecantikan dan keperluan individu moden sebagai dua pertimbangan penting dalam proses konseptualisasi. Sekiranya anda berkunjung ke Commune, anda dapat melihat yang mana setiap ruang mempunyai identitinya yang tersendiri.
Ada perabot yang menyediakan penyelesaian pintar untuk kediaman dengan ruang yang terhad, ada juga perabot yang direka untuk bahagian bersaiz besar dengan harga yang berpatutan supaya ia boleh diakses oleh lapisan latar belakang pelanggan.
Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan ini juga, Alto by Commune menampilkan dua jenama F&B – Birria Nachos dan XO-ice di ruang pameran mereka bagi bersama-sama meraikan sambutan berbuka puasa. Kedua-dua jenama ini akan mula beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam pada setiap hari Khamis hingga Sabtu.
Di hadapan pintu masuk Alto by Commune juga akan diletakkan kerusi dan meja untuk memudahkan para pengunjung duduk dan berehat sambil menikmati hidangan mereka semasa waktu iftar.
Selain daripada itu, wakil Commune turut menyatakan bahawa sebuah lagi cawangan di kawasan Lembah Klang akan dibuka yang mana ia dijangka akan menampilkan barisan penawaran yang lebih variasi – boleh disesuaikan mengikut keperluan pasaran.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Alto by Commune, anda boleh melakukan cari di Waze atau Google Maps, “Commune KL” dan nikmati pengalaman seakan di rumah anda sepanjang berada di ruang pameran mereka.