Carian
Ini 5 Trend Solekan Dan Produk Yang Menjadi Kegemaran Ramai Di Sephora
February 28, 2024 Lina Rosli

Bersesuaian dengan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, pastinya anda ingin membyat persiapan yang secukupnya untuk anda tampil cantik dan menawan di hari yang istimewa.

Dan persiapan ini tidak hanya tertakluk kepada pakaian dan kelengkapan rumah sahaja, tetapi juga penjagaan diri yang merangkumi kecantikan kulit, kesihatan tubuh badan dan banyak lagi.

Oleh itu, bersempena dengan sambutan puasa dan hari raya kelak, House of Sephora musim ini kembali dengan kurasi inovasi kecantikan terbaharu melalui lensa lima zon iaitu:

  • Glitter, Gloss & Glam
  • Skinimalism Is In
  • Treat Your Tresses
  • Scented Body Ritual
  • Effortless Suncare

Sebagai peruncit kecantikan terkemuka di dunia, Sephora telah mengenal pasti lima trend kecantikan yang muncul berdasarkan pemilihan musim bagi inovasi kecantikan dan cerapan industri.

Untuk mengetahui sama ada trend kecantikan ini bersesuaian dengan atau sebaliknya, berikut adalah beberapa jenis produk yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil solekan yang bertepatan de seperti yang disebutkan di dalam trend berkenaan.

#1 Trend Glitter, Gloss & Glam

Untuk trend solekan ini, sama seperti namanya, Glitter, Gloss & Glam – ia semestinya berkait rapat dengan solekan yang bersinar, berkilau dan glamor mewah.

Dan bagi mendapatkan hasil solekan yang bersinar ini, produk yang memainkan peranan penting dalam solekan ini adalah pembayang mata yang berkilau dan juga kemasan bibir yang berkilat dan memukau.

Antara produk yang boleh anda dapatkan di House of Sephora termasuklah:

  • Tarte – Maracuja Juicy Lip Shimmer Glass Plump
  • Pat McGrath – MOTHERSHIP XI: Sunlit Seduction 
  • Pixi – On-The-Glow Blush Cheek Tone
  • Dear Dahlia – Sheer Dew Lipstick
  • Zoeva – Velvet Love Eyeshadow Quad

#2 Trend Skinimalism Is In

Berita baik untuk mereka yang lebih suka rutin penjagaan kulit yang minimalis – atau rutin yang tidak begitu kompleks, maka trend Skinimalism adalah yang terbaik untuk anda.

Trend ini adalah mengenai memperjuangkan rutin penjagaan kulit yang mampan dengan formulasi yang lebih sedikit tetapi berkualiti yang disesuaikan khas untuk masalah kulit anda.

Sephora menyedari bahawa tiada pendekatan yang sesuai untuk semua dalam hal penjagaan kulit, oleh itu, anda perlu mengetahui produk-produk utama yang berperanan penting dalam penjagaan kulit. Jadinya, anda perlu mencari produk yang menyasarkan masalah kulit khusus dengan cepat.

Mula mengamalkan Skinimalism menerusi produk ini:

  • Glow Recipe – Watermelon Glow Niacinamide Hue Drops
  • Melixir – Vegan Bamboo Hydration Serum
  • Dr Dennis Gross – DermInfusions Plump + Repair Lip Treatment
  • Krave Beauty – Matcha Heartleaf Hydrating Cleanser
  • Then I Met You – Soothing Tea Cleansing Gel

#3 Trend Treat Your Tresses

Selain untuk kulit wajah, Sephora juga turut buka kunci rahsia untuk mendapatkan rambut yang tebal, berdaya tahan dan berkilat menerusi kurasi Sephora bagi kebaharuan penjagaan rambut.

Temui kepentingan rutin penyuburan rambut yang konsisten melalui rawatan kesihatan rambut yang disasarkan dan lihat hasil yang anda akan nikmati secara perlahan-lahan berubah menjadi versi yang paling sihat.

Terokai rangkaian luas produk rawatan rambut Sephora yang memenuhi keperluan penjagaan rambut unik anda, seperti Aromatica’s Rosemary 3-in-1 Hair Treatment dan Virtue Labs’ Colorkick Illuminating Mask untuk meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kerosakan rambut.

Produk lain termasuklah:

  • Ouai – Anti-Frizz Creme
  • Virtue Labs – Colorkick Illuminating Mask
  • Aromatica – Rosemary 3-in-1 Hair Treatment
  • The Powder Shampoo – Strengthening & Soothing Shampoo

#4 Trend Scented Body Rituals

Ritual penjagaan badan selalu dipandang remeh oleh kebanyakan individu, jadinya, dengan kurasi terbaru Sephora bagi produk penjagaan badan, ia akan membolehkan anda menikmati pelbagai bauan yang menaikkan semangat sambil menyuburkan kulit anda pada masa yang sama.

Scented Body Rituals adalah tentang meningkatkan ritual penjagaan badan harian anda dan anda hanya selangkah lagi untuk melakukannya dengan barisan produk terbaru Sephora yang bukan sahaja membantu mengekalkan kulit anjal dan lembap, tetapi juga mencipta pengalaman deria yang menggembirakan.

Temui faedah unik yang dikaitkan dengan nota bunga, kayu, ambar dan segar yang berbeza apabila anda mendapati keseimbangan dan keselesaan anda dalam aroma yang menaikkan mood.

  • Rare Beauty – Find Comfort Hydrating Lotion
  • Salt & Stone – Black Rose & Oud Hand Cream
  • Sol De Janeiro – Delicia Drench Body Butter
  • Frank Body – Glycolic Body Scrub

#5 Trend Effortless Suncare

Dengan pelbagai formulasi dan format penjagaan matahari yang ditawarkan di pasaran, anda boleh mendapatkan produk perlindungan kulit dan penjagaan kulit dari matahari harian yang bersesuaian.

Melayani pelbagai jenis kulit dan warna kulit, pengembangan kategori penjagaan matahari Sephora telah menjadikan perlindungan matahari menyeronokkan dan dinamik tanpa kerumitan kemasan melekit dan tidak menarik.

Antara produk yang boleh anda dapatkan termasuklah:

  • Supergoop! – Protec(tint) Daily SPF Tint SPF 50
  • Nudestix – NUDESCREEN Blush Tint SPF 30
  • Ultra Violette – Sheen Screen SPF 50 Hydrating Lip Balm
  • Kopari – Rose Gold Sun Shield Body Glow Sunscreen SPF45
  • Tatcha – Silk Sunscreen SPF 50
Komen