Tidak berlaku pada setiap tahun, 29 Februari hanya akan muncul setiap empat tahun sekali – yang mana ia menjadikan jumlah hari pada tahun itu menjadi 366 hari, dan bukannya 365 hari.
Hari tambahan ditambah pada akhir bulan Februari yang juga dikenali sebagai Hari Lompat.
Menurut NASA, tahun lompat berlaku disebabkan oleh ketidaksepadanan antara tahun kalendar dan orbit Bumi. Untuk pengetahuan anda, untuk melengkapkan satu kitaran tahun, Bumi sebenarnya tidak mengambil masa 365 hari secara tepat. Putaran Bumi mengorbit matahari hakikatnya mengambil masa lebih lama iaitu kira-kira 365 hari dan 6 jam.
Dan daripada 6 jam yang dikumpul setiap tahun itu menjadi 24 jam — atau empat kali enam jam pada kalendar.
Mengapakah Hari Lompat Berlaku Pada Bulan Februari?
Setakat ini, berdasarkan laporan, pada zaman dahulu terdapat beberapa budaya purba yang percaya bahawa dunia dicipta pada musim bunga dan oleh itu Mac adalah permulaan tahun.
Dan ini menjadikan Februari merupakan bulan terakhir di dalam tahun dan bukannya Disember. Oleh itu, apabila kalendar Rom menambah hari tambahan pada bulan Februari, mereka sebenarnya menambah hari pada akhir tahun mereka.
Jadi, disebabkan itu, hari lompat berlaku pada akhir Februari kerana ini mengikut ketetapan kalendar Rom.
Namun, ada juga yang berpendapat, penetapan dan perubahan hari dalam kalendar, telah dicuba dan diuji merentas tamadun, untuk cuba memastikan jadual bulan dan suria kekal serasi dan konsisten dengan penjejakan musim.
Amalan ini berbeza-beza mengikut budaya, tahun kalendar Mesir purba terdiri daripada 12 bulan 30 hari, dengan lima epagomena (hari) dilampirkan pada setiap akhir tahun. Sementara kalendar Cina pula , satu bulan tambahan ditambah di setiap tiga tahun, membolehkan penganut pada tahun-tahun tersebut meraikan dua bulan musim bunga untuk menyambut tahun baharu.
Walau bagaimapun, hakikatnya, pada bila-bila masa hari lompat boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih masuk sesuai dalam kalendar moden. Oleh itu, pada tahun 1700-an, undang-undang British menetapkan 29 Februari sebagai Hari Lompat.
Adakah Tahun Lompat Ini Penting?
Jawapannya, ya. Tahun lompat adalah penting supaya tahun kalendar kita sepadan dengan tahun suria — jumlah masa yang diperlukan untuk Bumi mengelilingi Matahari.
Menolak 5 jam, 46 minit dan 48 saat dalam setahun mungkin tidak kelihatan seperti masalah besar. Tetapi, jika anda terus menolak hampir 6 jam setiap tahun selama bertahun-tahun, ia akan memberi impak yang besar kepada keseluruhan proses.
Sebagai contoh, katakan bahawa Julai ialah bulan musim panas. Jika kita tidak pernah mengambil kira tahun lompat, semua waktu yang hilang itu akan ditambah kepada hari, minggu dan juga bulan. Akhirnya, dalam beberapa ratus tahun, Julai boleh berlaku pada bulan-bulan musim sejuk yang sejuk.
Bilakah tahun lompat seterusnya?
Tahun lompat berlaku setiap empat tahun melainkan ia jatuh pada tahun abad yang tidak boleh dibahagikan dengan empat. Tahun lompat seterusnya ialah pada tahun 2028.
Dan Hari Lompat tahun itu akan disambut pada hari Selasa, 29 Februari. Selepas itu, tahun lompat seterusnya ialah 2032.