Carian
Jenama Dermatologi CeraVe Kini Boleh Didapati Di Guardian, Watsons Dan Farmasi Utama Di Seluruh Malaysia
March 1, 2024 Lina Rosli

CeraVe, jenama penjagaan kulit yang memfokuskan kepada kulit sensitif dan kering telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, CeraVe telahpun diperkenalkan pada tahun 2005 di peringkat global. Jenama ini menggunakan ceramides dan juga MultiVescular Emulsion Technology (MVE) sebagai bahan utama – bagi menangani masalah dermatologi kulit.

Menurut pakar, apabila kadar ceramide di dalam kulit menurun ataupun berkurang, ia bukan sahaja menyebabkan penghalang kulit terganggu, tetapi juga mengakibatkan kulit menjadi dehidrasi, kekeringan dan mula menggelupas.

Di Malaysia sahaja, kira-kira 13.4% kanak-kanak mengalami masalah dermatitis atopik, sementara 12.3% pula berlaku dalam kalangan orang dewasa. Malah, dalam masa 30 tahun kebelakangan ini, masalah dermatitis atopik ini telahpun meningkat sekitar 2% hingga 3% untuk negara Malaysia sahaja.

Oleh yang demikian, CeraVe dilihat berperanan dalam membantu menawarkan solusi kepada para penghidap masalah kulit ini – menerusi pengenalan enam produk utama mereka iaitu:

  • Krim Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit kering sehinggalah kulit yang sangat kering, krim pelembap CeraVe ini memberikan penghidratan selama 48 jam.
  • Losyen Pelembap – Sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit normal atau kering, formulasi bebas minyak CeraVe yang ringan ini memberikan penghidratan selama 24 jam.
  • Pembersih Berbuih – Pembersih berbuih lembut CeraVE menanggalkan kotoran, minyak, dan solekan tanpa menjadikan kulit terasa tegang atau kering.
  • Pembersih Hidrasi – Pembersih hidrasi CeraVE membersih secara mendalam, menanggalkan minyak berlebihan dan menyegarkan kulit tanpa mengganggu penghalang semulajadi kulit.
  • Losyen Pelembap Muka AM – Losyen Pelembap SPF 30 dengan spektrum luas CeraVe memberikan penghidratan berterusan dan pelindungan harian terhadap kerosakan UV.
  • Losyen Pelembap Muka PM – Menghidrasi, mereda dan melegakan kulit sambil melindungi penghalang semulajadi kulit.

Bercakap mengenai masalah kulit lagi, tahukah anda bahawa kesan melibatkan perkara ini tidak boleh dianggap remeh? Ini kerana ia tidak hanya melibatkan keyakinan dan juga keselesaan penghidap masalah kulit sewaktu menjalani aktiviti harian sahaja, tetapi juga turut melibatkan prestasi sewaktu bekerja dan banyak lagi seperti:

  • 79% penghidap penyakit ekzema dilaporkan tidak dapat menghadiri ke pejabat seperti biasa.
  • Lebih daripada 60% pesakit mengalami masalah mendapatkan tidur yang berkualiti.
  • 50% daripada pesakit merasakan orang luar mempunyai stigma yang negatif terhadap mereka.
  • 46% pesakit mengalami masalah kebimbangan dan kemurungan yang teruk.

Oleh itu, bagi mengurangkan peratusan ini menjadi lebih tinggi, pakar–pakar turut menekankan keperluan penting dalam melindungi dan memulihkan penghalang kulit bagi individu yang mengalami masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Berdasarkan pemahaman saintifik ini, satu panel pakar dermatologi bertauliah menyatakan yang mana berbanding dengan pelembap dengan formulasi pelepasan tunggal yang lazim, teknologi MVE unik CeraVe dapat menyalurkan dan melepaskan ceramides yang penting sepanjang hari selepas hanya satu aplikasi – sekaligus dapat memberikan penghidratan berpanjangan dan membantu memastikan kulit sentiasa lembap serta memastikan kesihatan kulit meningkat.

Komen