Carian
UNIQLO Kini Dibuka Di Amanjaya Walk – Bangunan UNIQLO Kendiri Pertama Di Kedah
March 1, 2024 Lina Rosli

Selepas pembukaan rangkaian kendiri di sekitar Lembah Klang dan Melaka, UNIQLO kini mengumumkan pembukaan kedai kendiri yang pertama mereka di Kedah.

Dalam tempoh empat tahun ini – yang mana UNIQLO Roadside Store pertama dibuka pada tahun 2020 – jenama ini nampaknya menambah satu lagi cawangan baharu untuk kedai kendiri ini atau lebih dikenali sebagai Roadside Store di Amanjaya Walk, Kedah.

Menerusi pengenalan ini, anda tidak lagi perlu berkunjung ke pusat membeli-belah atau pasaraya berdekatan untuk mendapatkan barang dan item fesyen dari UNIQLO. Hal ini kerana, UNIQLO kini hadir dengan pusat fesyen tepi jalan yang memfokuskan kepada gaya Jepun untuk akses umum.

Bersempena pembukaan pusat membeli-belah kendiri ini juga, UNIQLO Amanjaya Walk menawarkan promosi istimewa selama 4 hari bermula 29 Februari hingga 3 Mac 2024.

Untuk 400 pelanggan pertama yang mengunjungi ke kedai setiap hari akan menerima satu cawan kopi dari Biggy & The Ahli Kopi selagi stok masih ada.

Selain itu, anda juga boleh menebus UNIQLO Bento Box untuk pembelian barangan minima RM250 dalam satu resit bermula 29 Februari hingga 3 Mac 2024.

Bagi yang ingin mendapatkan segala kelengkapan fesyen untuk setiap ahli keluarga, jangan lupa untuk mengunjungi Kedai Kendiri Uniqlo di Amanjaya Walk bermula hari ini!

Alamat: Lot No. 931, Seksyen 64, Bandar Amanjaya, 08000, Kedah.

Komen