Carian
Koleksi Barang Perhiasan HABIB Sempena Hari Raya Kini Sudah Tersedia Di Bilik Pameran HABIB Di Seluruh Malaysia
March 4, 2024 Lina Rosli

Untuk tahun 2024, bertemakan Anyaman, HABIB dilihat mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Raya HABIB yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.

Memilih tema anyaman ini sebagai tema utama, HABIB mengatakan bahawa mereka tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu.

Untuk koleksi ini juga, silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan citarasa masyarakat tempatan.

Antara koleksi yang menjadi kegemaran setiap tahun adalah semestinya Koleksi Oro Italia 916, dengan rekaan terbaharu yang lebih moden dan kontemporari. Untuk gaya yang terkini dan lebih berwarna- warni, barangan kemas daripada Koleksi Clara adalah pilihan yang ideal. Menampilkan rona-rona unik seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau, koleksi ini pada masa yang sama masih mengekalkan nilai mutu emas 916.

Selain itu, koleksi rantai leher labuh juga menjadi kegemaran di Aidilfitri dan sangat sesuai digayakan bersama hijab. Set sepadan ibu dan anak turut ditawarkan, untuk melengkapi gaya sedondon bersama keluarga di Hari Raya.

HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran.

Memenuhi citarasa berbeza, koleksi anyaman ini turut tersedia dengan kombinasi berlian dan batu permata pelbagai berwarna untuk memberikan penampilan yang lebih versatil dan menarik. Istimewa buat Hari Raya juga, HABIB menawarkan Koleksi Jejaka, yang terdiri daripada butang baju Melayu eksklusif HABIB serta cincin perak palladium bertatahkan berlian dan batu permata.

HABIB turut memperkenalkan rekaan baharu Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Anyaman, yang didatangkan dengan lima rekaan yang unik seberat 0.2gm bagi setiap keping. Wafer Syiling Emas 999.9 ini juga sesuai dijadikan alternatif unik sebagai duit raya ataupun hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Komen