Kedai minuman teh yang kini menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia, Chagee, kini memperkenalkan cawangan pandu-lalu pertama di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Cawangan pandu-lalu Chagee ini juga merupakan yang pertama di peringkat global sejak 7 tahun ia diperkenalkan, iaitu pada tahun 2017 – kini sudah diperluaskan ke beberapa negara termasuk Thailand, Singapura, Brunei, Vietnam dan banyak lagi.
Menerusi pengenalan ini, pengguna kini boleh pesanan terus daripada kereta untuk mendapatkan sajian minuman yang digemari seperti White Peach Oolong Tea, Jasmine Green Tea, Da Hong Pao, Osmanthus Oolong Milk Tea dan lain-lain.


Sekiranya anda ingin berkunjung dan melakukan pesanan pandu-lalu ini, Chagee DT ini terletak di Caltex S2, 33692, Persiaran S2/1, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Dan waktu operasi Chagee DT ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Selain daripada menggunakan servis pandu lalu, cawangan ini turut menawarkan pengalaman pembelian dari kaunter serta pesanan secara atas-talian menerusi pesanan mudah-alih Chagee, GrabFood dan FoodPanda.
Gambar sumber: KL NOW