Khusus buat anda yang gemar menerokai pengalaman baharu, jangan ketinggalan untuk melawat ke Pameran Immersive Hong Kong bermula hari ini hingga 10 Mac 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Immersive Hong Kong ini merupakan pameran unik yang menampilkan pengalaman berbeza – iaitu memperlihatkan pameran maya visual mengenai perkembangan terkini Hong Kong.
Ia menampilkan lima zon tematik iaitu:
- Financial Bridgehead
- I&T Brain Bank
- Blossoming Creativity
- Diversity and Greenery
- Buzzing Sport Action
Kelima-lima zon ini menampilkan pelbagai pancaran latar seni interaktif, pemasangan kotak cahaya (lightbox) dan paparan 3D mata kasar yang mempersembahkan daya tarikan yang ada di Hong Kong.
Pengunjung juga boleh menikmati latar langit Hong Kong yang menakjubkan seperti mana yang digambarkan oleh artis Hong Kong, Messy Desk (Jane Lee (https://www.instagram.com/messydesks) di sudut foto yang tersedia di pameran.
Terdapat juga video promosi Hong Kong dan panel digital yang memaparkan maklumat dan perkongsian oleh syarikat dan barisan artis ASEAN tentang pengalaman mereka di Hong Kong turut dipamerkan.
Testimoni yang dikongsi ini membuktikan tarikan Hong Kong sebagai lokasi yang paling ingin dikunjungi untuk tujuan melancong, bermastautin, bekerja, dan sebagai destinasi terbaik untuk pelaburan.
Dengan pameran “Immersive Hong Kong” di Malaysia, pengunjung boleh meneliti peluang yang disediakan di Hong Kong hasil perkembangannya yang pesat selama ini.
Sebagai sebahagian daripada pameran, pengunjung turut berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Cathay Pacific dari Kuala Lumpur ke Hong Kong melalui peraduan “Snap a cool shot @Immersive Hong Kong”. Dengan hanya mengikuti berapa langkah mudah iaitu dengan mengikuti laman Instagram Brand Hong Kong, https://www.instagram.com/brandhongkong/ dan kongsi foto atau video yang diambil di pameran bersertakan hashtag “ImmersiveHK_KL”, 400 pemenang pertama akan menerima tiket penerbangan yang ditaja oleh Hong Kong International Airport’s “World of Winners” Tickets Giveaway Campaign.
Kunjungi pameran “Immersive Hong Kong” sekarang dengan kemasukan serta hadiah percuma.