Menjelang Ramadan ini, anda boleh menikmati sajian istimewa dari Nando’s yang menampilkan platter khas untuk anda yang datang berdua – iaitu Makan Berduo Platter pada harga RM64.90.
Di dalam platter ini, anda boleh menikmati ayam PERi-PERi Nando’s separuh bahagian, tiga jenis hidangan tepi, 1 pinggan saiz regular Sweet Potato Chips dengan sos PERinaise dan juga dua cawan Bottomless Soft Drink.

Selain daripada Makan Berduo Platter, Nando’s menawarkan promosi untuk set hidangan The Greatest Meal pada harga hanya RM32.90 (harga normal: RM36.90) – yang menampilkan ayam PERi-PERi Nando’s 1/4 bahagian, 2 jenis hidangan tepi, 1 mangkuk PERi-PERi Soup dan 1 cawan Bottomless Soft Drink.

Untuk hidangan pemanis mulut, anda boleh memesan Caramel Cheesecake, RUBRO Can, PERi-crackle Noodles dan PERi-PERi Soup.
Jadi, berminatkah anda untuk mencuba platter baharu dari Nando’s ini? Mula dapatkan hidangan ini pada hari ini di semua rangkaian Nando’s berdekatan anda.