Carian
Selsun Blue Advance Oil Control Bantu Menangani Masalah Kelemumur Yang Teruk
March 6, 2024 Lina Rosli

Selsun Blue memperkenalkan inovasi terbarunya, syampu kawalan minyak, anti-kelemumur dan penjagaan kulit kepala menerusi produk Selsun Blue Advance Oil Control.

Menampilkan formula dwi-kuasa Selsun Blue, syampu ini memanfaatkan sinergi gabungan Selenium Sulfide dan Piroctone Olamine yang menawarkan pengguna dengan penyelesaian yang berkesan untuk memerangi dan mengawal kelemumur teruk yang berulang.

Dalam sebuah tinjauan bersama pengguna baru-baru ini, 85% pengguna telah melaporkan keberkesanan syampu tersebut dalam menangani kelemumur yang teruk, sementara 87% pengguna mengatakan bahawa syampu tersebut berjaya memberi kawalan bau yang luar biasa.

Manakala, sebanyak 37% pengguna telah menyatakan peningkatan yang ketara dalam kesihatan kulit kepala selepas menggunakan Selsun Blue Advance Oil Control dalam rutin penjagaan rambut mereka.

Memahami keperluan pelanggan, syampu kawalan minyak Selsun Blue bukan sahaja menghapuskan kelemumur secara efektif tetapi juga meningkatkan kesihatan kulit kepala secara keseluruhannya.

Menurut Selsun Blue, formula ini juga akan memberi kawalan bau yang tahan lama, di samping memberi pembersihan dan penggelupasan kulit kepala yang berminyak bagi menghalang penghasilan dan pengumpulan minyak berlebihan.

Formula ini juga direka untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala yang ketara dengan mengekalkan mikrobiom dalam kulit kepala untuk mengurangkan iritasi.

Selain itu, bagi mengekalkan kelembutan dan kelembapan rambut pengguna, Selsun Blue Advance Oil Control hadir dengan kandungan seperti ekstrak madu, asid amino, dan asid hyaluronik.

Pengenalan Syampu Kawalan Minyak Terkini terhadap produk Selsun Blue yang sedia ada mengukuhkan lagi komitmen syarikat ini dalam menyediakan penyelesaian yang berkesan kepada individu yang mempunyai kelemumur yang teruk. Penyelesaian kelemumur Selsun Blue yang baru ini boleh didapati di semua rangkaian kedai runcit terkemuka termasuk Watsons, Shopee, Lazada dan Tiktok dalam dua saiz, berharga RM46 bagi 200ml dan RM33 bagi 120ml.

Komen