Carian
​Dapatkan Diskaun Sehingga RM2,800 Untuk Percutian Anda Dengan Pesta Percutian Traveloka
March 6, 2024 AbArtho

Pesta Percutian Traveloka menawarkan diskaun lumayan untuk penerbangan, hotel dan aktiviti pelancongan sehingga RM 2,800 serta pelbagai hadiah seperti penginapan percuma di beberapa hotel lima bintang dan tiket penerbangan percuma ke Maldives, Korea Selatan dan Vietnam. 

Traveloka, platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara, kembali dengan Pesta Percutian Traveloka yang akan berlangsung dari 28 Februari – 31 Mac 2024 dengan menawarkan pelanggan tiga cara mudah yang menjanjikan diskaun eksklusif dalam talian, luar talian dan jualan kilat bagi penerbangan, hotel dan aktiviti pelancongan dengan lebih penjimatan. Jualan kilat dalam talian akan bermula pada 29 Februari dan seterusnya akan berlangsung pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula 8 Mac. Semasa tempoh ini, pelanggan juga akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, antaranya, tiket penerbangan percuma ke Maldives, Korea Selatan dan Vietnam sehinggalah penginapan percuma di hotel 5-bintang.

“Dengan menyediakan pelanggan kami tiga cara mudah untuk mengakses diskaun eksklusif dan menawarkan mereka dengan produk dan promosi yang komprehensif, ia merupakan cara terbaik untuk memulakan percutian. Di Pesta Percutian Traveloka, pelanggan boleh menemukan pengalaman percutian yang lancar dan komprehensif, dan pada masa yang sama membuat perancangan awal bagi percutian mereka yang seterusnya,” ujar Iko Putera, Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan, Traveloka.

Diskaun penerbangan dan hotel juga boleh didapati melalui laman web dan aplikasi Traveloka. Pelanggan boleh mendapatkan kupon diskaun sehingga potongan RM338 untuk penerbangan, serta sehingga potongan RM40 untuk hotel dan aktiviti pelancongan. Terdapat juga peluang untuk mendapatkan tambang istimewa daripada pelbagai rakan kongsi syarikat penerbangan yang tersedia di Traveloka.

Menerusi data Traveloka, Seoul, Tokyo dan Bangkok muncul sebagai tiga destinasi antarabangsa pilihan teratas yang digemari oleh pelanggan di Malaysia. Sehubungan itu, sepanjang kempen Pesta Percutian Traveloka, pelanggan berpeluang untuk merancang percutian akan datang dengan tawaran hebat tiket penerbangan pergi-balik ke Seoul dari RM1,100 dan penginapan lima malam di hotel 4-bintang di Seoul dari RM2,090.

Traveloka juga akan membuka tapak gerai luar talian bagi mereka yang inginkan lebih tawaran hebat dan penjimatan tambang penerbangan. Pelanggan boleh mengunjungi tapak gerai Traveloka di Aras 1 (Promenade), Pusat Beli-belah 1 Utama dari 6 – 10 Mac 2024. Dapatkan kupon luar talian eksklusif, tawaran istimewa daripada pelbagai syarikat penerbangan dan hotel, promosi hebat serta peluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Korea Selatan dan Vietnam. Malahan, pakar perjalanan Traveloka juga akan membantu pelanggan merancang percutian mengikut citarasa mereka di tapak gerai Traveloka di Pesta Percutian Traveloka.

“Sebagai jenama hospitaliti terkemuka di Langkawi, kami amat teruja untuk menyokong acara Pesta Percutian Traveloka yang menggalakkan pengembara untuk meneroka destinasi baru dan mencipta kenangan manis bersama yang tersayang. Di Berjaya Langkawi Resort, kami berkongsi komitmen Traveloka untuk menyediakan pengalaman yang luar biasa dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu yang ingin memulakan pengembaraan mereka,” kata Adrian Chung, Pengurus Besar Kawasan, Berjaya Langkawi Resort.

“Sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan bagi Pesta Percutian Traveloka 2024, kami menjemput pengembara untuk memulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan, meneroka destinasi baru serta merasai pengalaman dunia dengan keluarga dan yang tersayang dengan Batik Air,” kata Datuk Chandran Rama Muthy, Ketua Pegawai Eksekutif, Batik Air Malaysia.

Sebagai platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, Traveloka terus menawarkan rangkaian produk dan servis yang meluas untuk menyampaikan perjalanan dan percutian bertaraf antarabangsa. Pesta Percutian Traveloka membawakan tawaran dan diskaun lumayan untuk percutian yang tidak akan dilupakan.

Pesta Percutian Traveloka disokong penuh oleh Batik Air, Malaysia Airlines, Vietnam Airlines, All Nippon Airways, Hard Rock Hotel Penang, The Haven All Suite Resort Ipoh, Parkroyal Penang Resort, dan banyak lagi.

Komen