Untuk Ramadan kali ini, KFC Malaysia telahpun memperkenalkan hidangan ayam goreng istimewa, iaitu KFC Ayam Acar Cili Hijau.
Untuk hidangan Ayam Acar Cili Hijau ini, KFC membawakan ayam goreng dengan salutan rangup yang dicampur dengan rempah ratus istimewa bagi menghasilkan rasa yang pelbagai iaitu rasa pedas dan manis yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.
Bersama-sama dengan menu ayam ini, KFC turut memperkenalkan kombo serba baharu untuk Bucket Kongsi yang menampilkan Bebola Kentang Cheesy Pedas. Ia adalah bebola kentang goreng yang digabungkan dengan keju yang melimpah.
Untuk bebola ini, anda boleh memilih untuk mendapatkan rasa Original atau Hot and Spicy yang tersedia dalam kombo 6 ketul dan 10 ketul.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba KFC Ayam Acar Cili Hijau, ia juga ditawarkan dalam pilihan kombo 2 ketul dan 3 ketul. Berikut adalah senarai harga jualan:
- Set Kombo 2 ketul KFC Ayam Acar Cili Hijau – RM15.99
- Set Kombo 3 ketul KFC Ayam Acar Cili Hijau – RM21.99
- KFC Ayam Acar Cili Hijau Box Meal – RM20.99
Ditawarkan untuk tempoh yang terhad, anda boleh mula mendapatkan KFC Ayam Acar Cili Hijau bermula 6 Mac 2024.
Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dan kongsikan pengalaman anda bersama Tajria. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini melalui pesanan di aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula hari ini!