Carian
The LEGO Group Memperkenalkan 9 Permainan Baharu Untuk Kanak-Kanak Perempuan – LEGO Friends, Gabby’s Dollhouse Dan Animal Crossing 
March 7, 2024 Lina Rosli

Pada bulan Mac ini, The LEGO Group mengumumkan pelancaran Play Unstoppable (Pengalaman Bermain Tanpa Batasan) – sebuah kempen untuk memperkasakan anak-anak gadis untuk mencuba jaya dan menyerlahkan kreativiti masing-masing secara bebas.

Menerusi pengalaman bermain yang kreatif, The LEGO Group berharap untuk menyerlahkan keyakinan kreatif anak-anak gadis dengan membebaskan mereka daripada tekanan untuk mencapai kesempurnaan dan menikmati kebebasan bermain tanpa batasan Play Unstoppable.

Dengan portfolio permainan LEGO lebih besar yang memenuhi pelbagai minat dan kegemaran, anak-anak gadis anda boleh membina segala jenis dunia berasaskan pelbagai tema seperti:

  • LEGO Friends
  • Disney Princess
  • Creator
  • Classic
  • DREAMZzz
  • Harry Potter
  • Minecraft
  • Gabby’s Dollhouse
  • Animal Crossing (tema baharu)

Sebagai contoh, tema LEGO Friends dirangka untuk memaparkan pelbagai adegan berasaskan pengalaman dunia sebenar, termasuk interaksi dengan isu alam sekitar seperti penanaman pokok, pemuliharaan haiwan dan kenderaan elektrik.

Kanak-kanak juga boleh menggabungkan set-set berbeza untuk membina seluruh taman kejiranan ‘Friends’ untuk dimainkan.

Manakala LEGO DREAMZzz pula memaparkan set bangunan inovatif yang menggunakan arahan berasaskan kisah yang menjemput kanak-kanak beraksi dan mencipta segala jenis makhluk dan kereta ajaib yang mereka impikan. 

Pada tahun ini, antara set baharu yang diperkenalkan termasuk 42614 LEGO Friends Vintage Fashion Store di mana pemain akan bermain dengan pakaian yang dikitar semula – bagi belajar tentang kelestarian; dan juga 43246 LEGO Disney Princess Market Adventure yang membuka pelbagai kemungkinan bagi peminat Disney.

Nikmati tiga pengalaman main dan bina berbeza dengan 31156 LEGO Creator Tropical Ukulele, dan bayangkan segala kemungkinan dengan set 71476 LEGO® DREAMZzz Zoey dan Zian the Cat-Owl.

Akhir sekali, kanak-kanak boleh menyesuaikan dunia Animal Crossing dengan kisah-kisah dalam imaginasi mereka menerusi set rumah 77050 LEGO Animal Crossing Nook’s Cranny & Rosie’s House yang selesa, menampilkan watak-watak kesayangan daripada siri tersebut. 

Untuk mendapatkannya, kesemua set LEGO ini boleh didapati di gedung sah LEGO di seluruh Malaysia atau anda juga boleh melakukan pesanan atas-talian di kedai sasmi LEGO di Lazada, Shopee, LEGOLAND dan juga peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia. 

Harga jualan untuk setiap set permainan LEGO ini:

  1. 42614 LEGO® Vintage Fashion Store – RM 179.90
  2. 43246 LEGO® Disney Princess Market Adventure – RM 449.90
  3. 77050 LEGO® Nook’s Cranny & Rosie’s House – RM 349.90 
  4. 31156 LEGO® Tropical Ukulele – RM 139.90
  5. 11034 LEGO® Creative Pets – RM 149.90
  6. 71476 LEGO® Zoey and Zian the Cat-Owl – RM 219.90
  7. 76425 LEGO® Hedwig™ at 4 Privet Drive – RM 89.90
  8. 21254 LEGO® The Turtle Beach House -RM 124.90
  9. 10788 LEGO® Gabby’s Dollhouse – RM 399.00
Komen