Rancang awal menu berbuka puasa anda di KyoChon 1991 kerana di sepanjang bulan Ramadan ini, anda boleh menikmati pelbagai pilihan juadah berasaskan ayam di restoran makanan Korea ini.
Apa yang menarik, untuk set kombo KyoChon 1991 ini, ia ditawarkan pada harga serendah RM65 untuk sajian makanan dua orang.
Bagi anda yang berminat, berikut adalah beberapa set kombo yang boleh anda nikmati:
Kombo Riang RM65 (2 Orang)
Untuk set kombo ini, anda boleh memilih sama ada untuk mencuba set Riang Combo A, Riang Combo B dan Riang Combo C. Dan untuk setiap kombo anda akan memperoleh 2 gelas minuman yang boleh diisi tanpa had, 2 mangkuk sup rumpai laut, 2 mangkuk nasi dan 2 cucuk So-tteok beserta jeruk lobak putih.
- Riang Combo A – Menawarkan 12 ketul kepak wingette dan drumette
- Riang Combo B – Menawarkan 10 ketul Honey wingette dan drumette
- Riang Combo C – Menawarkan 1/2 ayam KyoChon
Kombo Meriah RM140 (4 Orang)
Untuk set kombo ini, anda boleh memilih sama ada untuk mencuba set Riang Combo A, Riang Combo B dan Riang Combo C. Dan untuk setiap kombo anda akan memperoleh 4 gelas minuman yang boleh diisi tanpa had, 4 mangkuk sup rumpai laut, 4 mangkuk nasi, 1 mangkuk salad, 1 pinggan kentang wedges dan So-tteok Sampler beserta jeruk lobak putih.
Saiz ayam yang ditawarkan adalah sebesar 1 ekor ayam KyoChon – dengan perisa yang anda gemari.
Naik Taraf Pilihan Nasi
Pilihan Minuman Bottomless Drink
Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin membawa pulang hidangan, anda boleh mendapatkan beg bawa pulang eksklusif – Cooler Bag Party secara percuma.
Menurut KyoChon 1991 juga, mereka bukan sahaja menghidangkan Ayam Goreng Korea yang sangat lazat, tetapi turut menderma RM0.33 untung bersih kepada badan amal dengan setiap pembelian kombo Makan Bersama.